web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Idris Haron, Nor Azman Sah Calon PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 6:08PM

Idris disahkan akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan. - Gambar dari PH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai kedudukan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO untuk bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya terjawab.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan dinamakan sebagai calon gabungan parti itu.

Beliau berkata, Idris akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan manakala Nor Azman pula akan mempertahankan kerusi Pantai Kundor.

“Kerusi (Asahan) diperuntukkan untuk PKR, jadi Idris diterima bertanding sebagai ahli PKR. Nor Azman pula bertanding di kerusi AMANAH.

“Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, kedua-duanya bertanding atas nama Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan kesemua calon PKR dan AMANAH untuk PRN Melaka secara maya, petang ini.

Ditanya sama ada Idris dan Nor Azman sudah menyertai Pakatan Harapan secara rasmi, Anwar mengiyakan perkara itu.

“Setakat yang saya tahu mereka sudah sertai. Apa yang penting mereka mewakili Pakatan Harapan.

“Kita terima mereka sebagai anggota parti dan semua calon bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut memberi bayangan bahawa Adly Zahari (AMANAH) yang dicalonkan di Bukit Katil bakal mengisi semula jawatan Ketua Menteri sekiranya PH memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Keputusan kami adalah untuk mengumumkan bahawa Adly mengemudi pasukan untuk pilihan raya negeri ini. Kami belum mengumumkan secara rasmi, tetapi saya fikir itu adalah pemikiran umum ketika ini.

“Saya fikir ini akan berterusan dalam beberapa hari akan datang jika perlu, tetapi untuk mengetuai pasukan, selain daripada pemimpin di peringkat nasional ialah Adly,” katanya.

Terdahulu, PH pada 29 Oktober lalu memuktamadkan agihan kerusi yang akan ditandingi gabungan itu pada PRN Melaka dengan AMANAH dan PKR masing-masing ditempatkan di sembilan dan 11 kerusi.

Sementara itu, DAP pula kekal bertanding lapan kerusi.  - Getaran, 6 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut