web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengerusi Badan Perhubungan PUTRA Kedah Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 9:35PM

Mustaffa Idrus (kanan) bersama Fadhil Hanafi melipat bendera PUTRA untuk disimpan di Pejabat PUTRA Kedah di Laguna Merbok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pimpinan Datuk Dr. Ibrahim Ali menerima tamparan hebat, apabila pengerusi badan perhubungan parti itu di Kedah, Datuk Mustaffa Idrus mengumumkan peletakan jawatan dan meninggalkan parti tersebut berkuasa hari ini.

Menurut Mustaffa, keputusan itu dibuat selepas kecewa dengan tindakan Ibrahim yang melabelkannya sebagai tidak mempunyai roh perjuangan, apabila enggan akur dengan arahan presiden supaya meneruskan demonstrasi membantah jenama minuman keras Timah.

Selain Mustaffa, jejaknya untuk meninggalkan parti tersebut turut diikuti Timbalan Pengerusi PUTRA negeri, Datuk Fadhil Hanafi serta beberapa ahli jawatankuasa dan majoriti ketua-ketua bahagian di negeri ini.

"Demonstrasi itu dijadual untuk diadakan pada 26 Oktober lalu tetapi dilarang oleh polis. Sebagai individu yang menyayangi negara ini, saya takkan sekali-kali melanggar undang-undang ditetapkan.

"Disebabkan itu, saya dihina dan dilemparkan dengan bermacam tuduhan yang menyentuh maruah sebagai seorang ketua dan pengerusi PUTRA negeri. Dengan penghinaan itu, saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk meninggalkan PUTRA," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Putra Kedah di Bandar Laguna Merbok.

Mac lalu, Mustaffa pernah mengumumkan hasrat PUTRA untuk bertanding masing-masing tiga kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Menerusi kenyataannya itu, Mustafa memaklumkan beliau akan bertanding di Parlimen Jerai dan DUN Guar Chempedak manakala Fadhil pula akan bertanding di Parlimen Alor Setar dan DUN Alor Mengkudu.

Mengulas lanjut katanya, langkah meninggalkan PUTRA diambil berikutan kegagalan presiden untuk menunjukkan peribadi mulia dan unggul.

"Sebagai seorang ketua, beliau sepatutnya memberi teladan yang baik," katanya.

Bercakap kepada Getaran selepas itu Mustafa menegaskan, beliau tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menuruti jejaknya keluar daripada parti tersebut.

"Setelah saya menyatakan hasrat meninggalkan parti, mereka kata hendak turut serta keluar dari PUTRA.

"Hendak kata parti ini terkubur atau terbubar di Kedah, itu saya tak tahulah. Tetapi di Kedah ini ahlinya dianggarkan kira-kira 5,000 orang dan kesemua mereka masuk ketika saya menjadi pengerusi," katanya.

Tambahnya setakat ini beliau masih tidak memikirkan mengenai masa depannya dalam politik.

"Saya tak fikir lagi mengenai perkara itu. Dalam politik ini saya terbuka malah semua perbelanjaan parti sebelum ini pun, saya yang keluarkan.

"Jika ada yang mengajak masuk ke parti lain, saya terbuka untuk terima pelawaan tersebut. Tetapi saya akan pertimbangkan terlebih dulu," katanya. - Getaran 3 November 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad