web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka, PH Tanding 28 Kerusi Parlimen Dan DUN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 1:33PM

Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan akhirnya dimuktamadkan hari ini menerusi penyenaraian 11 kerusi untuk PKR, manakala AMANAH dan DAP masing-masing meletakkan sembilan serta lapan calon.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH, kelmarin.

“Selepas mengadakan pelbagai libat urus dan rundingan jangka panjang, kita sudah memutuskan serta memuktamadkan agihan kerusi untuk PRN Melaka.

“Pembahagian Parlimen, PKR akan bertanding di dua kerusi, AMANAH dua kerusi dan DAP tambah kerusi di Alor Gajah sebab ini kawasan tradisional ditandingi DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Anwar berkata, PH juga memutuskan akan menggunakan logo parti itu bagi setiap kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri berkenaan

“Keputusan kita untuk PRN Melaka, kita sebulat suara guna logo PH. PKR, AMANAH dan DAP akan menggunakan satu logo.

“Kita akan berjuang atas satu logo, satu pendirian dan satu manifesto bagi pilihan raya peringkat negeri ini,” katanya. – Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 20 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad