Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN Melaka, Kerusi BERSATU Bakal Kembali Ke Pangkuan PH 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 3:14PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh pengundian PRN Melaka. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka kalah teruk sekiranya meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Ilyas Abdullah berkata, sudah pastinya penyokong yang mengundi calon parti itu menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan kembali semula bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau menegaskan, BERSATU juga tidak mempunyai kekuatan utuh daripada akar umbi seperti dimiliki blok pembangkang mahupun Barisan Nasional (BN).

“Kemenangan BERSATU pada PRU yang lalu banyak dibantu oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), AMANAH dan DAP.

“Strategi PH dalam PRU-14 menggunakan logo PKR juga turut menjadi faktor kepada kemenangan semua calon daripada BERSATU,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr. Ilyas Abdullah
Dr. Ilyas Abdullah

Justeru, Dr Ilyas meyakini bahawa kemenangan akan berpihak kepada PH sekiranya sokongan pengundi calon BERSATU pada PRU yang lalu beralih semula kepada blok pembangkang.

“Ini peluang buat PH kerana PEJUANG juga bertindak untuk tidak bertanding. Ini memberikan ruang terbaik buat calon blok pembangkang untuk menguasai Melaka,”ujarnya.

Terdahulu, BN membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU pada PRN Melaka.

Perkara itu dihasratkan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan pelancaran jentera BN bagi pilihan raya di negeri terbabit di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi menghormati ketetapan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Ahmad Zahid turut memberi bayangan akan mencalonkan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri jika memenangi PRN Melaka.

Mengulas perkara itu, Dr IIyas berpendapat perpecahan blok kerajaan di PRN Melaka akan memberi kelebihan dan peluang cerah kepada BN atau UMNO berbanding Perikatan Nasional (PN).

Justeru, beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi UiTM Pahang berkata, amatlah wajar sekiranya BN bertindak untuk bertanding secara solo.

“Pada masa sama, parti itu perlu juga mengharapkan sokongan daripada PAS dan segelintir akar umbi BERSATU bagi memenangi PRN Melaka.

“Pertembungan tiga penjuru di antara PH, BN serta PN akan mencipta peluang kemenangan, sekali gus lebih berpihak kepada calon PH dan BN untuk kembali menguasai negeri itu,” katanya.

Sementara itu Dr Ilyas menjelaskan, PRN Melaka juga akan menjadi medan ujian politik Melayu menghadapi PRU-15. 

“Justeru adalah wajar kawasan yang dimenangi sebelumnya menerusi PRU-14 diberikan kepada parti yang telah mencapai kemenangan.

“Bagi yang kalah pada pertandingan, ia boleh diberikan kepada parti lain yang memperolehi undi tertinggi,”katanya. - Getaran, 28 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pihak Fitnah, Serang Agong, Institusi Diraja Akan Didakwa, Dipenjara - PM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

Semasa 17 jam yang lalu

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut