web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA umum bertanding di PRN Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 3:21PM

Syed Saddiq berkacap kepada wartawan pada sidang media di perkarangan Bangunan Stadthuys, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rundingan untuk menempatkan calon parti itu kini sedang dalam proses rundingan bersama Pakatan Harapan (PH).

Ujarnya, keputusan mengenai agihan kerusi akan diumumkan bersama blok pembangkang dalam masa terdekat.

“Rundingan (kerusi) telah pun bermula beberapa kali dan kita akan umumkan bersama selepas tempoh rundingan tamat.

“Saya dimaklumkan PH sedang membincangkan logo apa yang sesuai untuk pertandingan ini,” katanya pada sidang media di perkarangan Bangunan Stadthuys, hari ini.

Menurut Saddiq, antara kriteria calon yang akan diketengahkan oleh MUDA mestilah mempunyai rekod cemerlang dalam berkhidmat untuk rakyat.

“Calon mestilah yang dinamik, muda berpengalaman dan jelas perlu mempunyai rekod berkhidmat seperti Ketua MUDA Melaka saudara Yosh Wong.

“Kita tolak politik katak, tidak berintegriti yang bersandarkan pada pangkat dan jawatan semata-mata,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya pada 4 Oktober.

Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan yang dikemukakan oleh Sulaiman mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Mahu Lahirkan Kepimpinan Yang Berani, Saifuddin Tawar Bertanding MPP 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Sukan 15 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad