web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elak Politik Tumbuk Menumbuk, Perlu Lebih Matang Dan Bijak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 4:12PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap apa juga bentuk perhimpunan sempena pilihan raya yang berkuatkuasa semalam hingga 27 November depan menerima reaksi kurang menyenangkan, khususnya parti politik.

Walaupun ia dilaksanakan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dan mengelakkan peningkatan mendadak kes, arahan tersebut dilihat canggung dan mencacatkan kemeriahan serta kelancaran kempen.

Larangan tersebut turut tidak dipersetujui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Menurut beliau, kerajaan perlu menyemak semula arahan larangan itu bagi perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bermula dengan penamaan calon pada 8 November, diikuti proses pengundian awal pada 16 November dan hari mengundi 20 November depan.

Fadzil Abd Rahman
Fadzil Abd Rahman

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Mohd Fadzil Abd Rahman berkata, arahan berkenaan menyukarkan calon PRN Melaka ‘mendekati’ pengundi untuk berkongsi pandangan dan visi yang ingin dilakukan mereka di kawasan diwakili.

Beliau berkata, kempen atau perjumpaan antara calon dan pengundi sepatutnya boleh dilaksanakan dengan menerapkan norma baharu, bukan melalui cara konversional yang menyaksikan tidak ada penjarakan umum apabila mereka saling berhimpun.

Usaha itu, katanya, boleh dilaksanakan secara lebih berstruktur, seperti menyusun kerusi mengikut penjarakan sosial ditetapkan prosedur operasi standard (SOP), memperketatkan kawalan keselamatan di lokasi berkempen dan memastikan penguatkuasaan dipatuhi sebaiknya.

Jelasnya, apa yang paling penting adalah calon bertanding dan ahli politik sesuatu parti mesti menunjukkan tanggungjawab penuh bagi memastikan perjalanan kempen berjalan lancar seperti ditetapkan.

“Bagi saya, nawaitu di sebalik arahan larangan perhimpunan ini matlamatnya kena betul. Kalau benar untuk memastikan keselamatan, takutkan penularan jangkitan dan kepentingan kesihatan rakyat, kita terima baik.

“Tetapi jika untuk mengelakkan parti bertanding memberikan komen secara terbuka mengenai situasi sedang berlaku di Malaysia dan sebagainya, arahan larangan ini dilihat tidak begitu kondusif,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Fadzil berkata, arahan larangan itu sepatutnya dihadirkan dengan cadangan alternatif, sebagai panduan untuk calon berkempen tanpa perhimpunan atau keramaian.

“Sepatutnya ada perancangan awal sebagai alternatif untuk mengatasi larangan tidak boleh berhimpun. Jelaskan apa cara terbaik untuk membolehkan calon menyampaikan pandangan atau visi dibawa mereka secara lebih berkesan tetapi pada masa sama mematuhi SOP,” katanya.

Ditanya kewajaran untuk calon melaksanakan kempen secara maya, Mohd Fadzil berkata, usaha tersebut boleh dilakukan namun kekangannya mungkin timbul apabila bukan semua pengundi ‘celik komputer’ atau mempunyai kemampuan kewangan bagi menyediakan data internet dalam kapasiti besar.

“Bagi pengundi kurang berkemampuan daripada segi pengetahuan teknologi maklumat atau kewangan, mereka mungkin boleh dibenarkan menghadiri perjumpaan dalam norma baharu.

“Kena ada kaedah sistem kempen bersemuka mengikut SOP ditetapkan, barulah hidup pilihan raya, kalau tidak, tidak hidup pilihan raya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil turut menasihatkan calon tidak terlalu ghairah berpolitik dan hanya memikirkan kepentingan meraih sokongan pengundi demi kedudukan mereka.

Sebaliknya, beliau berkata, calon mesti mengutamakan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat dengan memastikan SOP dipatuhi, terutama dalam keadaan negara tidak begitu kondusif kerana berdepan krisis kesihatan.

Jelas beliau, seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab perlu mendahulukan rakyat menerusi kata-kata dan tingkah laku serta memikirkan kemaslahatan masyarakat setempat.

“Mereka (calon) perlu bersikap profesional dan matang dalam menghadapi tempoh PRN Melaka ini dengan mengelakkan semangat benci membenci, menimbulkan perbalahan serta mencetuskan provokasi yang menggunakan konsep mengutuk, mencaci, mencerca dan menimbulkan rasa kurang senang sehingga boleh mencetuskan pergaduhan fizikal.

“Tunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin sejati dengan menjelaskan apa peranan boleh dilakukan anda jika dipilih sebagai wakil rakyat. Apa kekuatan, pembangunan yang boleh dibawa untuk manfaat rakyat dan perubahan tidak dibuat pemimpin sebelumnya,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Fadzil berkata, calon perlu mengenepikan ‘politik jahat’ ketika berkempen dengan memburukkan sesebuah parti politik dan pemimpin, termasuk menyentuh isu peribadi serta moral pihak terbabit.

“Isu peribadi dan moral jangan dicampuradukkan ketika berkempen, biar rakyat hukum. Pengundi mahu tahu apa perubahan anda boleh buat di kawasan mereka, jadi jangan buang masa ketika tempoh berkempen dengan berkata mengenai isu keburukan parti atau orang lain.

“Apa kita mahu tengok adalan perubahan landskap kempen politik lebih profesional dan terpuji ketika era norma baharu ini, berbanding kata-kata kesat, mengajak rakyat berbalah serta tumbuk-tumbuk,” katanya. – Getaran, 26 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC