Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Khairy Jadikan Nyawa Rakyat Prioriti Berbanding Politik- Penganalisis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 12:14PM

PRN Melaka akan menjadi ‘role model’ mahu pun contoh kepada SPR untuk melaksanakan pilihan raya pada masa akan datang dalam suasana normal baharu ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam keadaan negara dilatari pandemik COVID-19, isu keselamatan menjadi cabaran utama pelaksanaan pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Aspek keselamatan biasanya membabitkan perlindungan daripada segala bentuk halangan yang boleh menjejaskan kewibawaan pelaksanaannya, dalam usaha memenuhi tuntutan demokrasi.

Ia meliputi  proses melindungi pemegang taruh pilihan raya seperti pengundi, calon, petugas, media dan pemerhati serta maklumat, khususnya keputusan pengundian, data pendaftaran serta bahan kempen.

Justeru, langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa hari ini sehingga 27 November, menghasilkan pelbagai reaksi, termasuk yang menyifatkan ia sebagai wajar dilaksanakan.

Dr Jazimin Zakaria
Dr Jazimin Zakaria

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Jazimin Zakaria berkata, tindakan terbabit membuktikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan berbanding kepentingan politik.

Menurut beliau, pelaksanaan larangan itu akan menjadi 'makmal penyelidikan' terbaik bagi kerajaan dan SPR, khasnya dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Saya melihat Khairy dan KKM telah melakukan keputusan tepat dan bagi rakyat, ini perkembangan positif yang membuktikan Menteri meletakkan kesejahteraan awam sebagai kepentingan utama berbanding politik.

“PRN Melaka juga mampu menjadi ‘role model’ mahupun contoh buat SPR melaksanakan pilihan raya pada masa akan datang. Oleh itu, larangan dilakukan KKM itu perlu dipatuhi oleh semua ahli politik, jentera parti mahupun pengundi," katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Jika PRN Melaka berjaya diadakan jelas Jazimin, maka tiada masalah atau halangan untuk SPR melaksanakan PRU selepas ini walaupun negara masih menghadapi wabak COVID-19.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media kelmarin menyatakan, larangan tersebut ditetapkan meskipun SPR bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) PRN dalam masa terdekat.

Beliau turut mendedahkan, majoriti parti politik termasuk UMNO gagal mematuhi SOP seperti di beberapa majlis di Melaka kebelakangan ini.

Ditanya jika larangan itu memberi kesan kepada parti politik, Jazimin yang juga merupakan Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang tidak menolak kebenaran terbabit.

Namun beliau berkata, ini merupakan waktu sesuai buat parti yang bertanding untuk memanfaatkan penggunaan media sosial dengan sebaiknya.

“Mereka tiada jalan lain selain menggunakan mekanisme media sosial, laman web dan sebagainya. Pelaksanaan mekanisme itu boleh dilaksanakan sepertimana dilakukan Pakatan Harapan (PH) ketika memenangi Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14).

“Kita boleh lihat bagaimana isu rakyat dan skandal politik tertentu digunakan di media sosial sehingga berjaya memberi kemenangan kepada PH," katanya.

Jazimin menarik perhatian, ahli politik dan jentera parti perlu lebih kreatif serta inovatif dalam menggunakan medium media sosial. 

"Jadikan PRN Melaka sebagai wadah terbaik untuk semua parti mempelajari dengan lebih mendalam berkempen secara online,” ujarnya.

Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pula memberikan pandangan sebaliknya apabila menolak larangan penuh berkempen melalui perhimpunan fizikal dan aktiviti sosial dalam PRN Melaka.

Jawatankuasa pemandunya menerusi  kenyataan menegaskan, larangan sebegitu adalah penindasan kepada hak calon untuk berkempen dan hak pengundi untuk membuat keputusan bermaklumat.

“Ia tidak selari dengan standard operasi piawai (SOP) di Melaka yang sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Dalam fasa itu, aktiviti sosial dan ziarah dibenarkan, dengan had 50 peratus kapasiti ruang dan pematuhan penjarakan fizikal. Arahan menteri kesihatan adalah tidak konsisten dengan garis panduan PPN kerana ia mensasarkan kepada aktiviti berkaitan pilihan raya,” katanya.

Tambah Bersih 2.0, larangan terbabit merugikan calon bukan kerajaan, susulan kecenderungan media arus perdana untuk hanya melaporkan aktiviti serta pencapaian calon kerajaan dan menonjolkan kegagalan pembangkang.

“Ini tentunya menjadikan perlawanan berat sebelah dan mengurangkan kesahan sebarang keputusan pilihan raya nanti,” katanya. – Getaran, 26 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Berkenan Lawat Kementerian Pertahanan

Semasa 19 jam yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 1 hari yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan