web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rina Jainal Nafi Keluar WARISAN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 5:57PM

Konsep turun padang berjumpa penduduk menguatkan silaturahim antara Rina (kanan) dan masyarakat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal, 40, menafikan sudah meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN), seperti didakwa sebuah portal baru-baru ini.

Menurut beliau, dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata kerana dia masih setia bersama parti tersebut.

“Saya masih lagi wakil rakyat Kukusan di bawah WARISAN.

“Dakwaan kononnya saya keluar (parti) kerana kecewa dengan perjuangan Presiden, (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) yang semakin hilang arah juga adalah fitnah,” katanya.

Rina yang juga Naib Ketua Wirawati Sabah berkata, kekuatan, visi dan misi dibawa Mohd Shafie masih jelas, malah parti itu sama sekali tidak akan akur dengan tekanan pihak luar, termasuk mengikut jejak Pakatan Harapan menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang dicadangkan kerajaan.

Nama Rina menjadi tular selepas sebuah portal mendakwa beliau bertindak meninggalkan WARISAN kerana kecewa dengan kepimpinan Shafie.

“Tiada apa yang mengejutkan dengan berita picisan itu, malah umum mengetahui portal berkenaan adalah tentera siber pihak tertentu yang mencari makan dengan cara menyebarkan fitnah.

“Ia bertujuan melemahkan mental penyokong, namun, tidak bagi penyokong saya di Kukusan kerana mereka lebih percaya dengan setiap perjuangan saya di sini,” katanya, sambil menggesa orang ramai agar tidak mudah mempercayai laporan dikeluarkan portal seumpama itu.

“Portal picisan seperti itu wujud untuk menabur fitnah dan memecah belahkan masyarakat semata-mata,” tegasnya. - Getaran, 18 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Weaving Raya' Tenunan Dan Anyaman Hiasi Intermark Mall Sempena Aidilfitri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

4

Politik 3 tahun yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad