web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Cameron Highlands Letak Calon PAS Untuk PRU15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 6:30PM

Calon-calon PN yang akan bertanding untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands dan DUN di bawahnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) Cameron Highlands hujung minggu lalu membuat keputusan mengejutkan apabila mencadangkan calon PAS bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang kini disandang Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Mohamed Ali ketika dihubungi berkata, keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat yang dihadiri wakil PAS Cameron Highlands, Abdul Karim Nor dan wakil GERAKAN Cameron Highlands, Lai Chii Wen. 

“Dengan keputusan mesyuarat kali ketiga PN Cameron Highlands yang berlangsung Sabtu lalu, kami mengumumkan kesediaan untuk meletakkan calon di peringkat Parlimen dan DUN dalam kawasan Cameron Highlands pada pilihan raya umum akan datang. 

“Bagi kerusi DUN Jelai, nama Abdul Karim yang pernah menjadi calon di kerusi sama pada PRU-14, sekali lagi dicadangkan bagi PRU-15, manakala saya sendiri katanya akan mewakili PN bagi Parlimen Cameron Highlands, dan Chii Wen bertanding untuk kerusi DUN Tanah Rata manakala kerusi DUN Tanah Rata akan ditandingi wakil GERAKAN, Chii Wen,” katanya.

Pada PRU-14, Abdul Karim mewakili PAS menerima 2,351 undi, tewas kepada Wan Rosdy yang memperoleh 5,858 undi dengan jumlah majoriti 3,507 undi. 

Dua lagi calon yang turut bertanding di DUN Jelai pada PRU-14 ialah Dr Abdul Rasid mewakili Pakatan Harapan (PH) ketika itu, mendapat 1,298 undi, sementara calon Parti Sosialis Malaysia, Mat Nor Ayat hilang deposit selepas hanya memperoleh 229 undi. 

Dr Abdul Rasid yang juga Ketua BERSATU Bahagian Cameron Highlands berkata, ketetapan dibuat dalam mesyuarat tersebut sudah dimaklumkan kepada pucuk pimpinan BERSATU dan terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan untuk membuat keputusan muktamad berhubung pengagihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang. 

“Kita di pihak PN Bahagian Cameron Highlands sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan bertolak ansur dalam hal pembahagian kerusi ini. 

“Keputusan kami adalah selaras dengan pendirian semua wakil dari BERSATU, PAS dan GERAKAN yang hadir dalam mesyuarat berkenaan, bahawa kerusi Parlimen ditandingi calon BERSATU, (DUN) Jelai oleh PAS dan GERAKAN bertanding di Tanah Rata,” katanya. 

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU-15, beliau berkata, perkara itu mungkin tidak dapat dielakkan jika semua parti memilih untuk meletakkan calon mereka. 

“Mungkin hanya dua penjuru jika PN dan Barisan Nasional (BN) sedia bergabung dan melawan calon PH, mungkin juga tiga (penjuru) kalau PN dan BN letakkan calon masing-masing untuk bertanding melawan PH. 

“Kalau ikutkan kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘No BERSATU’, tapi kita (PN) masih terbuka (untuk berbincang) bagi mengelakkan berlaku pertembungan,” katanya. - Getaran, 11 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC