web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka Hanya Undang Kemudaratan Pada Rakyat - Penganalisis

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 1:19PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Melaka ketika pandemik COVID-19 masih membimbangkan dianggap sebagai memperjudikan keselamatan dan kesihatan rakyat.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rusdi Omar berkata, keputusan itu juga tidak sesuai dalam keadaan negara hampir mencapai imuniti kelompok, malah berisiko mengganggu usaha kerajaan membendung pandemik.

Katanya, pemimpin politik tidak seharusnya mencaturkan politik yang memberi kesan buruk kepada rakyat, di saat negara berdepan krisis kesihatan.

“Pemimpin politik patut mengambil iktibar daripada PRN di Sabah tahun lalu yang mencetuskan penularan jangkitan COVID-19 pada tahap sangat teruk.

“Jika kita boleh kendalikan proses pilihan raya dengan cara betul, seperti tiada ceramah atau mampu kawal gerakan tak apa lah, tapi bagi saya dalam situasi COVID-19, pilihan raya  adalah langkah terakhir yang patut diambil, itu pun bukan pendekatan bijak,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Rusdi berkata, sikap ditunjukkan segelintir pemimpin politik di Melaka ketika negara masih berdepan krisis kesihatan dan kemelut ekonomi tidak menentu, sememangnya memelikkan.

Jelasnya, pemimpin UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Bebas yang berdepan ketidakpuasan hati atau masalah, sepatutnya mengadakan perbincangan secara profesional, bukan bertindak ego dengan menarik semula sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Menurut Rusdi, punca tercetus konflik kerajaan Melaka itu turut disumbangkan sikap pemimpin yang meletakkan kepentingan diri masing-masing melebihi keperluan rakyat.

“Seharusnya setiap pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat, ketepikan masalah dan bincang profesional. Bila jadi kerajaan, mereka yang terlibat mesti ada perasaan tidak puas hati dengan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), jadi harus bawa berbincang serta diselesaikan secara baik, bukan bersikap ego.

“Bagaimanapun, itulah masalah segelintir orang politik, utamakan kepentingan diri dan letak kepentingan rakyat di bawah sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu politik di Melaka yang menyaksikan empat ADUN negeri berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Sulaiman, sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan mulai semalam dalam usaha menyelesaikan konflik terbabit.

Keempat-empat mereka terdiri daripada Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, sekiranya kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh mewujudkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama mengekalkan kestabilan dan memfokuskan kepada usaha membendung COVID-19, pendekatan itu seharusnya dipraktikkan pentadbiran negeri demi kebaikan rakyat.

Inisiatif mengadakan MoU itu, katanya, semakin membuahkan hasil apabila situasi politik antara pemimpin parti kerajaan serta pembangkang semakin stabil, malah menunjukkan tanda kejayaan dalam usaha negara menangani pandemik.

Mazlan berkata, sikap pemimpin yang terus berpolitik dan ‘berperang’ demi kepentingan masing-masing membuatkan rakyat semakin jemu.

“Keputusan mengadakan PRN Melaka juga harus dipertimbangkan daripada aspek kemahuan rakyat. Adakah rakyat mahukan pilihan raya?

“Mungkin jika rakyat bosan dia tidak akan turun mengundi dan buat undi protes. Ini merugikan kerana apabila adakan PRN, hanya 30 atau 40 peratus sahaja mengundi dan objektif tidak tercapai,” katanya.

Ditanya adakah krisis politik dihadapi kerajaan diterajui UMNO itu memberi kelebihan kepada PH, Mazlan berkata kemungkinan itu sememangnya ada.

Namun, katanya, PH juga harus bergantung kepada sokongan UMNO untuk mendapatkan majoriti dan membentuk kerajaan di Melaka, tetapi persoalannya adakah pemimpin parti Melayu terbesar itu benar-benar mahu memberikan sokongan.

Pada masa sama, Mazlan berkata, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan supaya PRK Melaka diadakan bagi memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri itu turut mencetuskan tanda tanya.

“Saya pun hairan kenapa Ahmad Zahid sebagai pemimpin kanan parti UMNO boleh buat kenyataan macam itu. Adakah beliau fikir ini satu peluang untuk simulasi bagi menguji pengaruh UMNO?

“Jika beliau berfikir begitu, pada saya kurang wajarlah sebab kita tidak boleh pertaruhkan masa depan rakyat kerana walaupun ramai sudah divaksin, bukan semua individu sudah menerima imunisasi termasuk kanak-kanak. Takkan kita ingin tengok kes COVID-19 naik semula seperti kes di Sabah,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 4 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan