web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Cadang Bubar DUN Melaka, Anjur Pilihan Raya

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 6:42PM

Ahmad Zahid tidak kisah kehilangan negeri dikuasai UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak mengapa bagi beliau kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai oleh partinya berikutan penarikan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk dua daripada UMNO.

Sebaliknya beliau mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya baharu diadakan.

“Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri dikuasai parti saya. Tapi tunggulah saya fikir elok diadakan pilihan raya negeri supaya DUN Melaka dibubarkan.

“Kita beri mandat semula kepada rakyat untuk pilih mana kerajaan terbaik mentadbir negeri dan negara kita, insya-Allah,” katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mandat seeloknya diserahkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu bagi Melaka berikutan krisis politik yang berlaku di negeri itu.

Empat ADUN yang mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri itu ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 (UMNO), dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh (DAP), dua (PKR) dan dua (Amanah).

Beikutan penarikan sokongan empat ADUN itu kerajaan kepimpinan Sulaiman kini mempunyai sekadar 13 kerusi daripada 28 kerusi DUN, secara teknikal beliau kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri untuk terus menerajui kerajaan Melaka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish