web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bolehkah Shahidan Selami Masyarakat Miskin Bandar?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 6:52PM

Shahidan Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentukan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam disifatkan tiada tarikan dan tidak mampu memberi sinar harapan baharu kepada rakyat.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan berkata,  pengumuman itu sebenarnya hanya proses rombakan Kabinet dengan majoriti Ahli Parlimen masih mengekalkan jawatan mereka seperti dipegang ketika kerajaan sebelumnya.

Pada masa sama, katanya, apa yang lebih mengejutkan adalah pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang dianggap keputusan amat janggal dan langsung tidak pernah terlintas di fikiran rakyat.

“Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya dilantik dalam kalangan pemimpin yang tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari.

“Keadaan masyarakat miskin bandar Kuala Lumpur dikhuatiri tidak dapat diselami seseorang yang berlatar belakang seperti beliau,” katanya.

Zahir berkata, susulan pelantikan itu, Shahidan perlu membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang pada kadar segera bagi memastikan isu rakyat tempatan diberi perhatian sepenuhnya.

Perancangan itu juga, katanya, bagi membuktikan Shahidan mampu melaksanakan tanggungjawab diberikan, selaras jaminan Perdana Menteri bahawa dalam tempoh 100 hari pertama, kesemua Menteru perlu membuktikan pencapaian kementerian mereka.

Jelasnya, terdapat beberapa isu perlu diberikan perhatian, seperti kemiskinan bandar, keciciran pembelajaran kanak-kanak B40, pendapatan harian penjaja bandar terjejas dan kehilangan pekerjaan.

“Kesemua isu adalah permasalahan yang memerlukan tekad politik dan tindakan mencabar status quo untuk perubahan. 

“Namun, melihatkan kepada pencapaian politik beliau (Shahidan) selama ini, dikhuatiri rakyat Wilayah Persekutuan cuma boleh mengharapkan pertukaran kerajaan di pilihan raya akan datang,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan