web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Borak Foto Episod 6 - Belajar Baiki Kamera Selepas Tersentak Dengan Harga Servis Lensa

Podio Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 8:01PM

Kamalizahari Abdul Malik berkongsi cerita bagaimana beliau ‘terjerumus’ ke dalam industri ini dan juga tip-tip menarik untuk penjagaan peralatan fotografi. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya disebabkan harga membersihkan lensa dari kulat yang agak mahal membuatkan pelajar lepasan Diploma Fotografi, Universiti Teknologi Mara, Kamalizahari Abdul Malik belajar membaiki dan membersihkan kamera dan lensanya sendiri.

Awal pembabitannya di dalam industri ini, beliau hanya mendapatkan peralatan membaiki kamera melalui kedai atas talian dari China namun itu sudah mencukupi untuk rakan-rakan lain meminta dia melakukan servis kamera mereka pula.

Walaupun mempunyai pendidikan asas sebagai juruelektrik bertauliah, dia tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam pembaikan atau servis peralatan fotografi.

Namun atas semangat yang kuat, Kamalizahari menjadikan media sosial terutama Youtube sebagai panduan awal ketika membuat pembaikan mahupun servis.

Itu beberapa tahun lalu, dan kini, Kamalizahari pemilik ‘Clinic Camera Services - Camera, Lens, Flash & Lighting Repair’ semakin popular sehingga tidak cukup tangan untuk melayani permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Bila ditanya bagaimana untuk mengelakkan kamera rosak, dia hanya tersenyum dan berkata: “Tak ada kerja pula saya nanti.”

Dengan moto ‘Kami akan menghidupkan peralatan kesayangan anda’, dengarkan cerita bagaimana beliau ‘terjerumus’ ke dalam industri ini dan juga tip-tip menarik untuk penjagaan peralatan fotografi.

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan oleh Ketua Unit Visual Petra News, Mohd. Hazli ‘Bobo’ Hassan manakala kejuruteraan audio dilakukan oleh Ethan Phoon.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kamera Kecil Tersembunyi, Polis Siasat Laporan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Canon DSLR EOS R100 Paling Kecil, Paling Ringan Dan Paling Mampu Milik, Sesuai Untuk Golongan Pemula

3

Podio 3 tahun yang lalu

Borak Foto Musim 2 Ep 5: Jurufoto Bawah Air Bukan Sekadar Kena Ada Kamera - Irwan Ismail

4

Podio 3 tahun yang lalu

Borak Foto Musim 2 Ep 4: Graduan Fotografi Unisel Berdaya Maju

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini