Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Canon DSLR EOS R100 Paling Kecil, Paling Ringan Dan Paling Mampu Milik, Sesuai Untuk Golongan Pemula

Kamera DSLR yang lebih fleksibel, mudah dibawa kemana-mana dan tidak mahu terbeban dengan berat gadjet tersebut, model EOS R100 mungkin menjadi pilihan anda.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 4:10PM

Canon EOS R100 ini amat mudah dibawa bersama di dalam beg atau boleh digantung di leher anda menggunakan tali kamera dalam tempoh yang lama - Gambar ihsan Rootasia.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun kini terdapat pelbagai kamera teknologi telefon pintar yang canggih di pasaran, namun kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) tetap menjadi pilihan segelintir peminat dunia fotografi khususnya mereka yang gemar berkarya untuk menghasilkan tangkapan gambar yang berkualiti. 

Bahkan, menggunakan kamera DSLR juga dapat membantu pemula atau yang sudah profesional dalam bidang fotografi bereksperimentasi menggunakan pelbagai jenis teknik dalam berkarya. 

Malah, tetapannya juga lebih ‘profesional’ dan anda boleh laraskan rangka kerja atau hasil sesuatu gambar mengikut cita rasa yang anda mahukan. 

Bagi anda yang berada dalam kategori pemula dan mencari kamera DSLR yang lebih flexible bentuknya, mudah dibawa ke mana-mana serta tidak mahu terbeban dengan berat gajet tersebut, model Canon EOS R100 seharusnya menjadi pilihan anda!

Ia mempunyai rekaan bentuk yang paling kecil, ringan dan mampu milik.

Dengan harga bermula RM2,219 (badan sahaja), EOS R100 ini menghasilkan imej yang jelas dan tepat melalui sensor imej CMOS bersaiz APS-C. Ia merupakan barisan model EOS Canon yang terkecil dan paling ringan seberat tin minuman 330ml dengan berat sekitar 356g .

EOS R100 ini menghasilkan imej yang jelas dan tepat melalui sensor imej CMOS bersaiz APS-C
EOS R100 ini menghasilkan imej yang jelas dan tepat melalui sensor imej CMOS bersaiz APS-C

Kamera DSLR ini amat mudah dibawa di dalam beg atau boleh digantung di leher menggunakan tali kamera dalam tempoh yang lama dan boleh sentiasa bersedia merakamkan detik indah dan bermakna. 

Selain itu, anda juga boleh berkongsi gambar di media sosial dengan segera kerana kamera ini dilengkapi sambungan Bluetooth dan Wi-Fi yang boleh diakses melalui aplikasi Canon Camera Connect di telefon pintar.

Jadi tidak perlulah anda bersusah payah untuk mengeluarkan kad storan dan membuat pemindahan data menggunakan laptop atau PC. Tangkap dan muat naik terus, mudah!.

Selain  itu, kamera ini direka dengan pemidang tilik dan pegangan yang baik dan ciri ini sebetulnya dapat membantu dan membuka jalan buat anda untuk terjun dalam  dunia jurugambar profesional secara lebih serius.  

Pemidang tilik elektronik (EVF) yang tersedia bersamanya menawarkan keterlihatan yang lebih jelas di bawah sinaran matahari terik sementara pegangan getah memastikan anda memegang kamera dalam keadaan yang stabil. Ini membantu anda menghasilkan gambar yang tidak bergegar.

Kemudian tetapan autofokus yang pantas dan tepat serta disokong oleh Pengesanan Mata dan Muka yang mampu mengesan dan mengikut subjek pada kawasan imej yang luas. Oleh itu, gambar dapat ditangkap dengan lebih mudah dan fokus walaupun subjeknya bergegar atau bergerak.

Ini termasuklah lensa kit yang anda miliki membolehkan anda merakam foto tangkapan tangan dengan fokus walaupun di kawasan lampu yang malap.

Canon juga menyediakan ciri seperti rakaman video 4K dan filem pergerakan perlahan dengan rakaman kadar bingkai 120p bagi pencipta kandungan yang lebih suka melakukan semuanya sendiri
Canon juga menyediakan ciri seperti rakaman video 4K dan filem pergerakan perlahan dengan rakaman kadar bingkai 120p bagi pencipta kandungan yang lebih suka melakukan semuanya sendiri

 

Menerokai Penciptaan Video 

Bagi yang gemar merakam video model ini mempunyai Mod Hybrid Auto menjadikan gambar pegun dan potongan video anda sebagai sebuah video pendek merumuskan aktiviti pada hari tersebut. Tambahan lagi, mod 4K Timelapse Video berupaya menangkap pemandangan secara automatik pada selang masa yang ditetapkan seterusnya menggabungkan semua gambar menjadi sebuah video berkualiti unggul dan terperinci. 

Canon juga menyediakan ciri seperti rakaman video 4K dan filem pergerakan perlahan dengan rakaman kadar bingkai 120p bagi pencipta kandungan yang lebih suka melakukan semuanya sendiri. Seterusnya, anda boleh merakam sambil berjalan kerana teknologi Eye Detection AF dan fungsi Movie Digital IS dalam mod filem akan memastikan kestabilan rakaman yang cemerlang.

Selain daripada set kawalan yang biasa didapati dalam kamera DSLR dan tanpa cermin, Kamera EOS R100 terdapat mod Creative Assist yang membenarkan anda menukar tetapan kepada istilah awam seperti “Background blur” (Kabur latar belakang), “Brightness” (kecerahan) dan “Saturation” (kepekatan warna). 

Jadi, tapisan gambar kreatif yang tersedia dalam tetapan kamera merupakan satu kelebihan untuk anda mengubah hasil akhir imej  serta menyerlahkan gaya peribadi anda. 

Kemampuan pengimejan tidak terbatas bersama kamera tanpa cermin. Ubah sahaja lensa anda dan saksikan perspektif anda turut bertukar bersamanya! 

Kamera ini sesuai dipasang dengan lensa 30 RF dan RF-S dalam barisan lensa RF yang kian berkembang seterusnya membenarkan anda mencipta kesan lebih luas, dekat serta jelas. Ia juga boleh dipadankan dengan lebih 80 lensa EF melalui EF-EOS R Mount Adapter. - Getaran, 27 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Kamera Kecil Tersembunyi, Polis Siasat Laporan

2

Podio 1 tahun yang lalu

Borak Foto Episod 6 - Belajar Baiki Kamera Selepas Tersentak Dengan Harga Servis Lensa

3

Podio 1 tahun yang lalu

Borak Foto Episod 2 - Kamera atau telefon pintar, mana lebih baik?

4

Teknovasi 3 tahun yang lalu

DJI Air 2S, Dron Mini Janjikan Kualiti Imej Luar Biasa

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu