web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selesai Segera Penangguhan, Elak Jejas Universiti - Mantan NC UiTM

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 5:33PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemelut penangguhan pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan pentadbiran institut pengajian tinggi itu terjejas secara keseluruhan.

Mantan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Tan Seri Dr Ibrahim Abu Shah berkata, kekosongan jawatan itu sejak kira-kira lima bulan lalu perlu diisi secepat mungkin bagi memastikan universiti awam tersohor berkenaan memiliki nakhoda untuk terus memacu kecemerlangan.

Menurut beliau, kelewatan pelantikan itu diyakini akan menjejaskan pentadbiran dan hala tuju UiTM secara keseluruhan.

“Secara ikhlas saya melihat lagi lambat kita melantik Naib Canselor, lebih menjejaskan pentadbiran UiTM secara keseluruhan.

“Sudah pasti (jawatan ini) perlu diisi segera sebab lama sangat (kekosongan), sejak Mac lalu,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Pelantikan Prof Dr Roziah Janor sebelum ini diumumkan Noraini, namun beliau meletak jawatan pada 6 Ogos 2021 susulan ketetapan UMNO menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN)- Gambar dari UiTM
Pelantikan Prof Dr Roziah Janor sebelum ini diumumkan Noraini, namun beliau meletak jawatan pada 6 Ogos 2021 susulan ketetapan UMNO menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN)- Gambar dari UiTM

Mengulas laporan bahawa pemilihan calon bakal melalui proses yang ketat, Ibrahim berkata, ia sememangnya bukan satu rahsia kerana jawatan Naib Canselor adalah perlambangan kepada keutuhan serta kewibawaan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, pemilihan Naib Canselor UiTM kali ini dibuat menerusi penubuhan Jawatankuasa Khas Temuduga Kenaikan Pangkat Naib Canselor UiTM oleh Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dipengerusikan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Zarinah Sameehah Anwar.

“Jawatankuasa itu turut dianggotai empat tokoh pendidikan berpengalaman luas, termasuk saya sendiri dan seorang pakar bidang bukan Melayu yang mengadakan perbincangan terperinci serta memberikan pandangan secara profesional berhubung 17 calon disenarai pendek untuk dipanggil menghadiri temuduga.

“Senarai pendek dibuat kita (jawatankuasa) ini pun mengikut syarat ditetapkan kementerian, sebelum tiga nama dipilih dan diserahkan kepada Menteri untuk menentukan siapa akan dilantik sebagai Naib Canselor,” katanya.

Ibrahim memberitahu, banyak aspek diambil kira ketika sesi temuduga, antaranya kecemerlangan pentadbiran, pencapaian tinggi antarabangsa, kepimpinan serta pengalaman luas di peringkat luar dan dalam kampus.

“Akhirnya kita memilih berdasarkan merit dan kelayakan penuh dimiliki mereka, jadi jika diikutkan aspek profesionalisme individu mempunyai merit paling tinggilah akan diambil, tapi dalam soal ini saya tidak mahu komen kerana jawatankuasa sudah memilih calon terbaik seperti syarat ditetapkan.

“Saya bersikap terbuka dan terima siapa pun dipilih kerajaan sebagai Naib Canselor, tetapi dengan syarat individu itu mestilah orang dalam UiTM kerana akan lebih memahami situasi universiti. Namun jika benar-benar mahu memastikan orang berkenaan layak, pastinya kena tengok calon memiliki merit nombor satu seperti dipilih jawatankuasa, ini baru berbaloi kita temuduga,” katanya yang juga menyandang portfolio Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM itu.

Isu berhubung jawatan Naib Canselor UiTM tercetus selepas pelantikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor menerusi surat bertarikh 2 Ogos lalu untuk mengisi portfolio terbabit yang kosong sejak Mac 2021, ditangguhkan.

Penangguhan menerusi surat bertarikh 7 Ogos 2021 disahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JBT), Datuk Dr Husaini Omar itu dibuat selepas Noraini yang mengumumkan pelantikan Roziah, meletakkan jawatan pada 6 Ogos 2021 susulan ketetapan UMNO menarik semula sokongan diberikan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Mantan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar turut bersetuju untuk pengisian jawatan terbabit dipercepatkan bagi mengelakkan tercetus masalah susulan terhadap pengurusan universiti berkenaan.

Naib Canselor, katanya, adalah individu yang memainkan peranan penting bagi menguruskan pentadbiran dan menentukan keputusan semasa universiti.

Justeru, katanya, kekosongan kerusi jawatan itu pastinya menyukarkan perjalankan pengurusan universiti, termasuk dalam  memuktamadkan sesuatu perkara.

“Saya rasa sepatutnya dipercepatkan kerana tanpa ‘ketua organisasi’ akan menimbulkan masalah sebab keputusan perlu dibuat setiap hari,” katanya.

Sahol Hamid berkata, Menteri adalah satu-satunya individu yang boleh melantik penyandang jawatan berkenaan jika mengikut mengikut prosedur pemilihan Naib Canselor.

“Saya mengharapkan penyelesaian kemelut penangguhan Naib Canselor UiTM dipercepatkan sebab keadaan ini menyebabkan pengendalian universiti macam tertangguh,” katanya. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 17 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad