web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan Roziah Lalui Proses Ketat

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:10AM

Prof Dr Roziah Janor - Gambar dari UiTM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) yakin pemilihan Prof Dr Roziah Janor sebagai Naib Canselor baharu universiti itu dibuat berdasarkan penilaian merit terbaik dan proses cukup ketat dijalankan Jawatankuasa Khas Temuduga Kenaikan Pangkat Naib Canselor UiTM.

Setiausaha PAUiTM, Shukri Ishak berkata, pemilihan Roziah yang kini memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan menjalankan fungsi Naib Canselor itu menjadikan beliau Naib Canselor wanita pertama UiTM, sekali gus mendorong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan penyertaan kaum Hawa sebagai pembuat keputusan.

“PAUiTM mengikuti perkembangan pelantikan Naib Canselor UiTM yang kosong sejak Februari lalu dan difahamkan pelantikan jawatan itu melalui proses pemilihan cukup ketat oleh Jawatankuasa Khas Temuduga Kenaikan Pangkat Naib Canselor UiTM yang dipengerusikan Tan Sri Zarinah Sameehah Anwar selaku Pro Canselor UiTM.

“Sehubungan itu, PAUiTM yakin bahawa jawatankuasa terbabit sudah membuat penilaian terbaik berdasarkan merit serta kelayakan, selain mengangkat syor calon selayaknya untuk pertimbangan mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan seterusnya melantik Roziah melalui surat bertarikh 2 Ogos 2021,” katanya.

Shukri berkata, PAUiTM yakin jawatankuasa terbabit dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu sudah melihat kriteria kelangsungan kepemimpinan dan kecemerlangan UiTM kerana Roziah masih berkhidmat dengan universiti awam berkenaan.

Jelasnya, kedudukan itu membolehkan UiTM merancang dan melaksana strategi lebih berkesan seperti ketika Tan Sri Ibrahim Abu Shah dilantik ke jawatan berkenaan pada 2001.

“PAUiTM percaya, gandingan Roziah dan Ibrahim yang memegang jawatan Pengerusi UiTM ketika ini akan membawa UiTM ke tahap lebih tinggi. 

“Justeru, PAUiTM berharap perkara berkaitan pelantikan Naib Canselor ini dapat diselesaikan segera dengan mengambil kira kepentingan UiTM yang memerlukan kepemimpinan, bukan sahaja diberi ruang masa lebih panjang, malah mampu menggerakkan seluruh sistem universiti mempunyai 35 kampus, 18,000 staf, 172,000 pelajar dan lebih 900,000 alumni itu,” katanya.

Isu berhubung jawatan Naib Canselor UiTM itu tercetus selepas pelantikan Roziah menerusi surat bertarikh 2 Ogos lalu untuk mengisi jawatan terbabit yang kosong sejak Mac 2021, ditangguhkan.

Penangguhan menerusi surat bertarikh 7 Ogos 2021 disahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JBT), Datuk Dr Husaini Omar itu dibuat selepas Noraini yang mengumumkan pelantikan Roziah, meletakkan jawatannya pada 6 Ogos 2021 susulan ketetapan UMNO menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). - Getaran, 13 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar