web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Vaksin Di Sekolah, Segerakan Imunisasi - Dr Maszlee

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada warga sekolah tanpa memerlukan mereka ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan terbabit.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, pemberian vaksin di sekolah adalah wajar agar sektor pendidikan dapat kembali normal serta sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dapat dijalankan semula.

Maszlee berkata, ia mencakupi pemberian dos pertama vaksin kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang dijanjikan akan diselesaikan bulan ini.

“Saya berharap usaha itu dilaksanakan walaupun kini sudah tiba ke penghujung Julai.

“Cadangan saya berikanlah, kita tidak kisah Julai atau Ogos, bincang elok-elok dengan Kementerian Pendidikan (KPM), berikanlah kepada calon bukan sahaja calon SPM, tetapi juga calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mantan Menteri Pendidikan itu berkata, kerajaan juga perlu memberikan vaksin kepada warga Kolej Vokasional (KV) yang berbeza kaedah pengendalian pendidikannya yang berbeza dengan sekolah harian.

Maszlee Malik
Maszlee Malik

“Pelajar dan tenaga pengajarnya menjalani amali serta praktikal, termasuk hadir ke makmal, bengkel dan lapangan,” katanya.

Kerajaan pada masa sama tegas beliau, diingatkan untuk tidak meminggirkan warga politeknik dan kolej komuniti dalam pemberian vaksin kerana pendidikan golongan itu turut membabitkan amali serta praktikal.

Menurut Maszlee, pemberian vaksin perlu diberikan sepenuhnya kepada lebih 1.3 juta pelajar, pensyarah, kakitangan dan staf institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk universiti awam (UA), IPT swasta dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Usaha pemberian vaksin ini penting bagi memastikan semua ekosistem pendidikan terbabit menerima imunisasi dan boleh melaksanakan PdP bersemuka,” katanya.

Pada sesi ucapannya, Maszlee turut mempersoalkan sejauh mana proses libat urus antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang masih tidak jelas dalam memandu pendidikan negara ke arah lebih baik pada masa depan, terutama ketika pandemik COVID-19.

“YB Menteri ada menjelaskan libat urus dengan kementerian itu serta ini, tetapi kurang disebutkan libat urus antara KPM dan KPT kecuali untuk menjadikan IPT sebagai PPV.

“Apakah pelan tindakan bersama (KPM dan KPT) untuk memastikan pendidikan kita kembali normal? Cadangan saya, bentangkan kepada rakyat hasil libat urus, usaha sama serta  rancangan pendidikan ke depan,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad