web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tekanan Mental Pelajar, Cegah Sebelum Parah

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:40AM

Tekanan yang dialami oleh pelajar perlu dikenalpasti dan diberi perhatian segera, bagi mengelakkan situasi pelajar terbabit menjadi lebih teruk. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kematian seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) selepas didakwa mengalami tekanan dan keletihan melampau akibat menyiapkan tugasan diberi pensyarah, adalah khabar duka buat semua.

Pelajar perempuan itu, menurut perkongsian yang tular di media sosial dikatakan mengalami sakit kepala, muntah serta sawan secara tiba-tiba dan akhirnya kembali ke rahmatullah walaupun berada dalam keadaan sihat sebelumnya.

Kematiannya disahkan akibat pembuluh darah di bahagian kepala yang pecah secara tiba-tiba, lazimnya berpunca daripada tekanan melampau dialami.

Ketika masyarakat setempat masih terkejut dengan kejadian seumpama itu, satu lagi kes sama disahkan berlaku, juga membabitkan pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang sama, tetapi di cawangan Jengka, Pahang.

Pelajar itu dilaporkan mengadu mengalami sakit kepala teruk sehingga terpaksa merangkak ke bilik ibu bapanya meminta tolong, sebelum dikejarkan ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) terhadap pelajar itu mendapati, Allahyarham mengalami pendarahan di bahagian kepala akibat dua urat yang terputus.

Dua kes itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat, berhubung keberkesanan serta pengendalian pengajaran dan pembelajaran di universiti yang kini dilaksanakan secara dalam talian.

Ia turut meraih persoalan, apakah benar kaedah itu mampu dikendalikan, atau apakah sememangnya ia berupaya mencetuskan tekanan melampau kepada fizikal serta mental pelajar.

Bagaimana pula pelajar boleh menjalani sesi kelas secara maya itu dengan berkesan tanpa berdepan tekanan teruk sehingga memberi impak buruk terhadap diri ?

Secara realiti, kehidupan manusia tidak dapat lari daripada tekanan, kerana mereka berdepan pelbagai keperluan untuk diselesaikan saban hari dan ia turut mencakupi golongan pelajar, yang wajib menyiapkan semua tugasan diberi pensyarah, sebagai syarat lulus pengajian.

Mengulas isu terbabit, Pakar Psikologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, tekanan dalam kalangan pelajar universiti berpunca daripada beberapa faktor persekitaran, seperti stres kehidupan, kekecewaan, konflik dan cemas.

"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mungkin mereka (pelajar) ini berdepan persekitaran sukar yang memberi tekanan sama ada di asrama, rumah sewa dan kediaman sendiri.

"Ditambah stres berganda, kemurungan, kebimbangan dan mungkin masalah kesihatan, ia menyebabkan mereka cenderung berdepan tekanan teruk sehingga boleh membunuh diri atau meninggal dunia secara tiba-tiba,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, segelintir penuntut pula berdepan konflik bersama rakan, masalah keluarga dan kemelut kewangan, sehingga menambah beban pada diri yang sedia sarat menanggung pelbagai masalah.

Dalam konteks ini jelas Fauziah, tekanan itu perlu dikenalpasti dan diberi perhatian segera, bagi mengelakkan situasi pelajar terbabit menjadi lebih teruk.

Katanya, struktur psikologi manusia terbahagi kepada tiga, iaitu normal (mampu mengendalikan tekanan dengar baik), neurosis (tekanan yang menyebabkan individu lebih gemar menyendiri dan merasa masalah dihadapi tidak boleh diselesaikan) serta psikosis (kemurungan sehingga ke tahap kritikal, mendengar suara dan mahu membunuh diri).

Mengulas lanjut beliau berkata, tekanan dalam kalangan pelajar perlu diperhalusi segera, dan orang sekeliling seperti keluarga, rakan sebilik, asrama atau teman serumah perlu dimaklumi mengenai perubahan serta sudut pemikiran individu terbabit.

"Ada lima aspek perlu diberi perhatian terhadap diri orang sekeliling kita, iaitu pemikiran seperti selalu bercakap perkara negatif, ingatan sering terganggu atau tidak fokus melakukan kerja, aspek fizikal (kerap migrain, sakit sendi, cirit birit, degup jantung laju atau darah tinggi) serta aspek mental (stres, murung, bimbang atau cubaan membunuh diri).

"Dua lagi adalah aspek tingkah laku (tiada selera makan, tidur tidak teratur, tanggungjawab diri terabai, rambut tidak terurus atau tidak mandi) serta aspek emosi (emosi tidak stabil, cepat marah atau cepat menangis)," katanya.

Fauziah menarik perhatian, sindrom tekanan yang dialami bagi individu normal menerusi lima aspek lazimnya adalah dalam tempoh singkat, dan ia seharusnya ditangani pada kadar segera jika semua simptom itu berlarutan melebihi dua minggu.

“Untuk individu berdepan tekanan di peringkat awal, beberapa sesi rawatan akan dijalankan seperti ujian psikometrik, sesi perbincangan, membangunkan kepercayaan baharu, pembinaan daya tahan dalam diri untuk memastikan mereka mampu menghadapi 'kejatuhan' hidup dan membina pemikiran lebih positif.

“Dalam kes lebih serius, individu terbabit akan dirujuk kepada pusat kesihatan atau psikiatri untuk rawatan lanjut supaya keadaan mereka tidak bertambah teruk,” katanya.

Berkongsi pendekatan boleh dilakukan pelajar bagi memastikan mereka tidak berdepan tekanan melampau, Fauziah berkata, golongan terbabit perlu menyediakan jadual belajar secara tersusun, merancang pengurusan masa dan pengendalian masalah mental dengan betul, mengutamakan kesihatan diri, tidur teratur, minum air secukupnya serta melakukan senaman berkala.

Pelajar juga, jelasnya, perlu mendapatkan bantuan khidmat nasihat serta berkongsi masalah dengan keluarga, rakan, pakar kaunseling dan kumpulan sokongan di universiti sekiranya berdepan tekanan atau sukar tidur bagi tempoh melebihi dua minggu supaya kemelut dialami dapat ditangani.

"Jika hanya memencilkan diri, berdiam dan tak mahu berkongsi masalah, itu yang boleh menyebabkan kemurungan mendadak. Saya selalu menggalakkan pelajar memiliki kumpulan perbualan, seperti WhatsApp untuk bersembang dengan rakan-rakan bagi memastikan mereka dapat berkomunikasi dan tidak merasa terbeban sendiri.

"Pelajar juga dinasihatkan jangan mengumpul semua tugasan untuk disiapkan pada saat akhir atau hujung semester bagi mengelakkan mereka merasa sangat tertekan, sebaliknya menyelesaikan kerja terbabit mengikut perancangan masa tersusun,” katanya.

Fauziah menarik perhatian, ada segelintir pensyarah suka memberi kuiz secara kerap, justeru pelajar boleh melakukan perbincangan sesama rakan sekelas bagi mengelakkan stres.

Dalam mengelakkan tekanan diri pelajar katanya, keluarga, rakan-rakan serta komuniti juga perlu menggunakan pendekatan lebih tepat, iaitu kasih sayang dan bukan berorientasikan nasihat semata-mata.

“Ketika berdepan tekanan melampau, pelajar sukar bersikap rasional kecuali apabila mereka ditunjukkan erti kasih sayang sebenar, iaitu empati, penerimaan positif tanpa syarat dan keikhlasan tulen individu sekeliling untuk membantu mereka,” jelasnya, panjang lebar.

Keluarga, terutama ibu bapa, kata Fauziah lagi, perlu menunjukkan sokongan penuh dengan pendekatan kasih sayang dan mengelakkan sikap menghakimi supaya anak merasa dekat serta percaya untuk berkongsi masalah.

"Biasanya ibu bapa terus memarahi anak yang membuatkan zuriat mereka itu enggan lagi berkongsi apa-apa, dan menjadi semakin tertekan.

"Seharusnya ibu bapa dan orang sekeliling membuatkan pelajar yang mengalami tekanan ini merasa ada tangan akan menyambutnya dan menarik dia ke atas ketika hampir lemas di dasar masalah,” katanya. - Getaran, 16 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar