web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PdPR, Menanti 150,000 Peranti Jatuh Ke Riba

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 8:04AM

Ibu bapa terpaksa menyediakan gajet untuk kemudahan anak-anak yang terpaksa mengikuti pengajian PdPR. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lapan bulan lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan pemberian 150,000 komputer riba secara percuma kepada murid kurang berkemampuan di 500 sekolah perintis.

Pemberian tersebut tidak lain tidak bukan bagi memudahkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dibuat secara dalam talian.

Bagi merealisasikan bantuan itu, umumnya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyalurkan sumbangan bernilai RM150 juta ke Tabung Cerdik.

Pengumuman berkenaan pantas sahaja menjadi halwa telinga semua golongan sasaran, khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) kerana ia pastinya mengurangkan bebanan mereka untuk menyediakan peranti terbabit, sekali gus memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mengikuti sesi pembelajaran.

Namun hari berganti bulan, umpama menunggu buah yang tidak gugur, tarikh sebenar dan kaedah pemberian kesemua peranti dijanjikan itu masih belum dimuktamadkan Kementerian Pendidikan (KPM), lantas mencetuskan perdebatan meluas dalam kalangan pelajar, ibu bapa, guru dan kesatuan berkaitan.

Mereka menuntut kerajaan memberikan penjelasan mengenai status pemberian peranti itu, tambahan pula sudah beberapa kali PdPR dijalankan sejak pengumuman terbabit dibuat.

Tatkala media mengajukan persoalan berkenaan kepada Yayasan Hasanah, iaitu syarikat milik Khazanah Nasional Berhad yang bertanggungjawab mengendalikan sumbangan peranti tersebut, jawapan diberikan adalah peranti itu akan diagihkan menerusi tiga peringkat.

Agihan pertama didakwa diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di beberapa negeri untuk diedarkan kepada kumpulan pelajar sasaran pada Februari 2021, manakala peringkat kedua dan ketiga masing-masing diberikan pada Mei dan akhir September 2021.

Benar atau tidak semua peranti terbabit sudah sampai ke tangan penerima atau masih ‘on the way’, sukar dipastikan sehingga kini apabila tiada pengumuman rasmi dibuat atau bukti ditampilkan.

Rentetan isu berbangkit itu juga, beberapa badan bukan kerajaan bingkas menggesa KPM untuk memastikan pengagihan komputer riba, tablet atau peranti dijanjikan dilaksanakan secara berkesan.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan berkata, langkah proaktif dan agresif berkenaan penting bagi menjamin setiap pelajar tidak tercicir daripada mengikuti PdPR.

“Laporan diterima menyebut bahawa pengagihan peranti itu kepada pelajar B40 setakat Jun 2021 hanya meliputi 40,290 unit dan angka ini jelas masih belum mencukupi.

“Pihak kementerian perlu memastikan pengagihan ini dilunaskan secepat mungkin tanpa mengambil tempoh lama, bagi menjamin keberkesanan PdPR yang perlu diteruskan susulan perintah kawalan pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Pandangan sama turut dizahirkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, yang prihatin dengan nasib bakal menimpa golongan pelajar sekiranya sukar menjalani PdPR secara berkesan dan konsisten.

Jelasnya, KPM harus menyediakan perancangan komprehensif supaya isu komputer riba dapat diselesaikan segera dan penyalurannya boleh dipercepatkan.

“GPMS minta Yayasan Hasanah menguruskan segera isu berkaitan kerana jika lambat, proses menuntut ilmu untuk pelajar golongan B40 ini akan sedikit tergendala,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Alif Anas berkata, guru dan pelajar diminta mempelbagaikan kaedah PdPR termasuk secara manual, sementara menanti penyelesaian isu berkenaan.

“Masyarakat, termasuk pelajar, guru dan ibu bapa harus mengenepikan pemikiran bahawa PdPR secara dalam talian itu mesti berpakej dengan peranti dan data internet kerana ia sebenarya bukan syarat wajib.

“Menteri pun ada memberi penerangan bagaimana pelaksanaan PdPR yang boleh dijalankan guru dan pelajar supaya mereka tidak tercicir,” katanya.

Pelaksanaan PdPR, jelas beliau lagi, bermaksud pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan secara bersemuka di sekolah, sebaliknya dijalankan menerusi kaedah bukan fizikal, meliputi pelbagai cara sama ada melalui penggunaan gajet, modul, buku dan siaran rancangan pendidikan di televisyen.

Apapun, satu yang pasti, KPM seharusnya memberi maklum balas berhubung isu panas ini, tambahan ada pula ada desas-desus yang kurang enak didengar.

Kata mereka, dana bagi tujuan pelaksanaan pemberian komputer riba percuma itu sudah dikutip daripada syarikat GLC dan GLIC, cuma peranti yang masih belum kunjung tiba, barang kali ‘sesat’ di mana-mana lebuh raya. – Getaran, 5 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar