web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2024 5:35PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menggerakkan kempen bagi membantah kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu bermula semalam.

Jurucakap MPP UiTM berkata, serentak dengan itu, semua penuntut diseru mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai tanda bantahan.

Menurut beliau, MPP akan membantah apa sahaja keputusan biarpun cadangan  itu hanya melibatkan program pascasiswazah.

“Dalam usaha menegaskan pendirian tersebut, MPP UiTM telah bersepakat untuk melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula 14 Mei hingga 16 Mei dengan tujuan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan Bumiputera.

“Oleh itu, kami ingin bekerjasama dengan seluruh mahasiswa untuk menggunakan #MahasiswaUiTMBantah pada setiap hantaran di platform media sosial bagi menunjukkan sinergi seluruh mahasiswa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan,  Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mencadangkan membuka program itu kepada bukan Bumiputera bagi tempoh sementara.

Beliau berkata cadangan itu bagi menangani masalah kekurangan pakar dalam bidang kardiovaskular.

Dr Raja Amin berkata, berkata tiada pindaan undang-undang diperlukan untuk menerima pelajar bukan Bumiputera bagi tujuan tersebut. - Getaran, 15 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad