Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Persekitaran Malaysia Selamat Untuk Rakyat Palestin Lanjutkan Pelajaran - Permaisuri Agong

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:46AM

Permaisuri Agong (tengah) ketika mengadakan sesi pertemuan diraja dengan pelajar Palestin - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah rakyat Palestin di Malaysia boleh berada dalam persekitaran selamat, dengan peluang masa depan yang lebih baik melalui pendidikan.

Dalam sesi pertemuan diraja dengan pelajar Palestin dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Seri Paduka Baginda bertitah Malaysia dapat menawarkan peluang kepada golongan muda untuk mendapatkan pendidikan dan berada di tempat selamat.

"Walaupun kami tidak dapat banyak membantu kerana bukan pemimpin dunia, kami tidak menggubal dasar - sebagai rakyat Malaysia yang jauh dari Palestin - kami dapat menawarkan pendidikan dan tempat selamat kepada golongan muda seperti anda untuk anda sendiri, keluarga dan anak-anak, sekurang-kurangnya kami tahu bahawa anda akan selamat di sini, Insya Allah.

"Seperti yang kita tahu dalam Islam, ilmu adalah penting dan bagi anda semua yang ingin membina semula negara, anda perlukan ilmu. Mereka yang ingin menjadi jurutera, doktor, apa sahaja profesion yang anda mungkin impikan, kami tawarkan tempat selamat di sini di Malaysia, di UTM dan UTHM dan saya pasti universiti lain di seluruh negara juga," titah Seri Paduka Baginda.

Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM bertitah demikian dalam hantaran yang dimuat naik melalui laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mengiringi Raja Permaisuri Agong ke majlis itu ialah Che' Puan Mahkota Khaleeda Bustamam yang juga Pro-Canselor UTM dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Sesi itu dihadiri 20 pelajar Palestin dari dua universiti, masing-masing mempunyai kisah duka dan pilu yang ditanggung akibat konflik berpuluh tahun di negara asal mereka.

Kedua-dua wakil komuniti Palestin di UTM (Dr Mohamad Darwish) dan UTHM (Mohammed A. A. Mansour) juga berkongsi pengalaman dan kisah mereka mengenai konflik di negara itu, serta menyatakan penghargaan atas rasa simpati dan solidariti Seri Paduka Baginda dengan Palestin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Raja Zarith Sofiah Miliki Sifat Kepedulian Yang Tinggi Terhadap Ilmu Dan Kebajikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Rayu Rakyat Peka, Ambil Berat Keselamatan Kanak-Kanak’ - Permaisuri Johor

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Semasa 1 hari yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun

Politik 1 hari yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar