web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Zarith Sofiah Miliki Sifat Kepedulian Yang Tinggi Terhadap Ilmu Dan Kebajikan

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 2:50PM

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ibarat "ibu" yang sentiasa memayungi masa depan anak-anak, begitulah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang begitu komited dalam mengutamakan bidang pendidikan dan perkembangan intelektual rakyat terutamanya generasi muda.

Kecintaan mendalam Raja Permaisuri Agong terhadap bidang pendidikan sebagai wadah untuk memajukan diri terserlah apabila banyak mengilhamkan program yang memberi manfaat secara langsung bukan sahaja kepada pembentukan dan melahirkan graduan berkualiti, malah turut membantu memajukan komuniti setempat khususnya di Johor.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata penubuhan Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 15 Jun 2019, adalah antara bukti komitmen Raja Zarith Sofiah terhadap bidang pendidikan.

Hal ini kerana melalui pusat berkenaan, beberapa siri wacana yang menghimpunkan intelektual terkemuka negara dan antarabangsa telah dilangsungkan dengan baginda sendiri mengambil peluang menyampaikan ucap tama dalam wacana berkenaan.

Satu daripada wacana itu ialah ketika program Syarahan Perdana dan majlis pelancaran buku tokoh intelek dunia Islam Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas berjudul Islam: The Covenants Fulfilled di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, tahun lepas.

"Sosok kehadiran Raja Permaisuri Agong dalam wacana ilmu seperti ini menzahirkan lagi komitmen Seri Paduka Baginda dalam bidang keilmuan, khasnya dalam konteks manfaat dunia Islam," katanya kepada Bernama.

Raja Zarith Sofiah merupakan Canselor UTM sejak 1 Jun 2010.

Penubuhan RZS-CASIS antara lain bermatlamat menjalankan penyelidikan termaju tentang Islam, sains dan tamadun serta memberikan kepakaran dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Cina dari University of Oxford, United Kingdom, Raja Permaisuri Agong juga ialah pencetus idea untuk UTM menjalinkan kerjasama dengan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom, pada Mei tahun lepas untuk menganjurkan program Science Roundtable, bertemakan Imagining the Future: Climate Change, Health, and Food Security in Muslim Societies.

"Penganjuran program OCIS-UTM ini adalah untuk membincangkan buah fikiran dan strategi yang mampan bagi menangani perubahan iklim dunia terutamanya dalam konteks masyarakat Islam.

"la sebagai melengkapi aktiviti intelektual lain seperti UTM Royal Intellectual Forum, yang bermatiamat membincangkan nilai moral ekonomi Islamiah dalam konteks cabaran dan pelaksanaan yang menekankan keadilan, kesamarataan dan kemampanan dalam mendepani dunia digital era kini yang pantas berubah," kata beliau.

Selain itu, di Johor Bahru, Raja Zarith Sofiah ialah individu yang mengilhamkan program Bangsa Johor Bahagia (BJB), suatu program signifikan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Komuniti di Pangsapuri Kangkar Pulai di sini, merupakan projek perintis bagi program itu dan telah dimulakan oleh pasukan penyelidik UTM pada 2018 di bawah naungan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

"Menerusi program itu, Raja Permaisuri Agong telah menyumbang dan mengumpul dana serta bantuan peralatan bagi pelaksanaan projek ini. Sehingga kini, komuniti BJB telah menjadi contoh dan mendapat pengiktirafan antarabangsa, sepertimana komuniti Flat Kenari Kangkar Pulai yang menjadi pemenang Commonwealth Association of Planners (CAP) Award for Planning Achievement atas keberhasilan yang cemerlang dalam Projek Kebun Komuniti," kata Ahmad Fauzi.

Pada sisi keperibadian lain, Seri Paduka Baginda juga dilihat sebagai sosok yang mempunyai keprihatinan tinggi terhadap kebajikan dan kemaslahatan rakyat,
lebih-lebih lagi bagi pelajar yang menuntut di UTM.

Seri Paduka Baginda sering mengadakan perjumpaan sama ada secara fizikal ataupun dalam talian untuk bertanyakan khabar mereka terutama ketika pandemik COVID-19.

Malah, dalam konflik kemanusian di Gaza, Palestin yang masih berlarutan sehingga kini, Seri Paduka Baginda menjadi antara individu terkedepan yang mengambil peduli kebajikan dan kesejahteraan mental dan fizikal 31 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam berkenaan.

Menerusi Majlis UTM Chancellor's Engagement with Palestinian Students pada Oktober 2023, Raja Permaisuri Agong sendiri berkenan menyantuni mereka secara peribadi.

Selain cakna penderitan dialami pelajar Palestin, Raja Zarith Sofiah turut komited menyokong UTM dalam meraih dana bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan pengoperasian universiti menerusi program UTM Royal Gala Dinner yang dianjurkan pada setiap dua tahun.

Pelaksanaan program ini, kata Ahmad Fauzi, telah membuka peluang kepada agensi kerajaan, korporat, pemain industri bahkan orang perseorangan untuk sama-sama menyumbang dan menjalankan tanggungjawab sosial, lebih-lebih lagi untuk manfaat mahasiswa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sijil Pandu Puteri Raja

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan