web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Rayu Rakyat Peka, Ambil Berat Keselamatan Kanak-Kanak’ - Permaisuri Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 10:02AM

Raja Zarith Sofiah ketika menerima menghadap Kamarul Zaman di Istana Bukit Serene pada Rabu. - Gambar Facebook The Royal Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, merayu kepada rakyat Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat mengenai keselamatan kanak-kanak.

Baginda bertitah, masyarakat mempunyai peranan amat penting, iaitu melindungi kanak-kanak daripada didera.

Titahnya, tanggungjawab itu adalah amat besar, namun harus diingat, ia adalah amalan daripada Allah.

“Sebagai seorang ibu dan juga nenek, saya bukan sahaja menyeru, bahkan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya lebih peka dan ambil berat akan keselamatan kanak-kanak.

“Setiap nyawa, tidak ternilai harganya,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) seperti dimuat naik Facebook The Royal Johor.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun akibat didera di Batu Pahat, dua hari lalu.

Malah, terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat bagi mempersembahkan makluman berhubung fakta kes itu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Datuk Amir Nasruddin dan Presiden Johor Women’s League (JEWEL), Thanam Visvanathan-Suresh bagi menyampaikan pandangan dari sudut perundangan serta NGO.

“Sungguh memilukan hati saya mendengar penerangan daripada Datuk Ketua Polis, sehingga beliau sendiri menitiskan air mata.

“Ia mengingatkan saya kepada kes mendiang ‘Baby Bala’ pada tahun 1990 yang turut membawa kepada penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001,” titahnya.

Pada masa sama, Raja Zarith Sofiah berharap, kematian kanak-kanak itu tidak sia-sia dan menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih peka dalam melindungi golongan terbabit.

“Ada pepatah menyebut, satu kampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak. Kanak-kanak mengharapkan dan memerlukan kita ahli masyarakat untuk menjaga keselamatan mereka.

“Janganlah kita lepas tangan sehingga terjadi penderaan berlarutan dan kehilangan nyawa,” titahnya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia pada 26 Disember lalu, dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di kediamannya, sebelum dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada jam 6.45 petang, Jumaat lalu.

Katanya, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan lima warga tempatan, dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun, antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu.

“Kita percaya mereka terbabit dalam kejadian mendera mangsa sehingga mati. Hasil siasatan awal, mangsa ini dijaga kakak kandungnya selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah, namun kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas barang disyaki digunakan untuk mendera mangsa, antaranya pengecas telefon bimbit, sarung bantal, cadar, batang besi berukuran 29 inci, penyangkut baju, jaring penutup kipas dan batang besi penongkat motosikal.

Mangsa, katanya, dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 23 Disember lalu dan disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Tegasnya, pada peringkat awal, kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes akibat kematian mangsa, iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semua suspek, katanya, iaitu kakak kandung mangsa, rakan kakaknya dan pengadu kini direman tujuh hari sehingga 31 Disember ini. – Getaran, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Semasa 6 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

4

Semasa 6 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad