web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemakaian Baju Sukan Diteruskan Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025 – Fahdlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 3:19PM

Pengurusan sekolah diberikan autonomi untuk menentukan hari murid dibenarkan memakai pakaian sukan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kelonggaran pemakaian baju sukan ke sekolah diteruskan untuk sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula Mac ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata keputusan itu adalah berdasarkan sesi libat urus yang telah dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk warga pendidik dan ibu bapa.

Fadhlina berkata surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai pelanjutan kelonggaran pemakaian sukan itu akan dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diedarkan kesemua sekolah dalam masa terdekat.

"Kementerian Pendidikan memutuskan pakaian sukan di sekolah diteruskan iaitu dua hari pakaian seragam sekolah, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di sini hari ini.

Menurutnya, keputusan dibuat bagi meringankan beban ibu bapa serta memudahkan mereka untuk membuat persiapan persekolahan lebih awal.

Dalam sidang media selepas itu, Fadhlina berkata pihak sekolah diberikan kebebasan untuk menetapkan hari bagi pakaian seragam sekolah, sukan dan kokurikulum.

"Autonomi diberikan kepada pihak sekolah untuk tentukan hari pemakaian berkenaan," katanya.

Pada 10 Ogos tahun lepas, Fadhlina dilaporkan berkata pemakaian baju sukan yang mula diberi kelonggaran pada 3 Mei ketika fenomena cuaca panas, diteruskan walaupun cuaca panas semakin berkurangan. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar