web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Siasat Kes Buli Pelajar Sekolah

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 9:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan berkaitan video tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli pelajar sekolah bagi memastikan perkara itu diselesaikan segera.

KPM dalam kenyataan memaklumkan langkah awal itu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 Tahun2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM.

“Ini termasuk menghubungi ibu bapa atau penjaga,menjalankan siasatan telus dan terperinci, memaklumkan kes kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua murid terlibat.

“Pihak sekolah juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan direkodkan kerana KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli disemua institusi pendidikan di bawah kelolaannya," menurut kenyataan itu.

Semalam, tular menerusi media sosial video rakaman aksi seorang remaja dilihat duduk di atas badan mangsa ketika mereka bergelut di dalam kawasan semak yang kemudiannya turut mengambil plastik berisi daun kering sebelum membuangnya ke atas kepala mangsa.

KPM dalam kenyataan itu turut menyeru semua pihak termasuk media dan orang ramai mematuhi peruntukan undang-undang dengan tidak menularkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam salah laku buli.

"Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kes jenayah tidak boleh didedahkan dan perlu dilindungi. Masyarakat juga diminta untuk tidak menormalisasikan salah laku buli," menurut KPM.

Aduan kes buli dan gangguan seksual boleh dibuat melalui talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, [email protected] dan Sistem Pengurusan Aduan Awam(SISPAA). - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad