web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diskusi Meja Bulat: Kualiti Pendidikan Negara Diperluas Ke Seluruh Negara

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 2:31PM

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Diskusi Meja Bulat: Kualiti Pendidikan Negara, akan dibawa ke seluruh negara bagi mendapatkan pelbagai pandangan daripada pihak berkepentingan sektor pendidikan, dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Diskusi Meja Bulat: Kualiti Pendidikan Negara yang bermula di sini hari ini, Fadhlina berkata diskusi tersebut merupakan pengubah keadaan dalam mendapatkan pandangan bagi mengenal pasti pencapaian, peluang dan penambahbaikan sektor pendidikan negara.

Diskusi hari ini yang dihadiri 25 individu berkepentingan seperti pakar pendidikan, ahli akademik, pemain industri dan golongan profesional, membincangkan perihal berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta  laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 yang diumumkan 5 Dis.

“Ia tidak akan berakhir di sini sahaja, diskusi ini akan diperluaskan dengan diskusi yang lebih mendalam dan terperinci selepas ini.

“Apa yang diangkat hari ini akan dibincangkan dalam perbincangan yang lain,” kata Fadhlina.

Mengenai Kurikulum Persekolahan 2027, Fadhlina berkata ia antara agenda yang akan dimasukkan dalam siri Jerayawara Jelajah Pendidikan ke seluruh negara, yang akan diadakan tahun hadapan.

“Kerangka (Kurikulum Persekolahan 2027) sudah siap, sekarang kita dalam proses untuk jerayawara untuk kita bincangkan perkara ini di peringkat akar umbi,” katanya.

Pada Bicara Profesional KPM Kurikulum Persekolahan 2027, 6 Dis, Fadhlina dilaporkan berkata pendidikan karakter, literasi asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta kelas pembelajaran bersepadu, merupakan pendekatan baharu yang akan diperkenalkan KPM dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Kurikulum Persekolahan 2027 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala bagi murid prasekolah, ia akan diperkenalkan pada 2026. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad