web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunku Ali Redhauddin, Rafiah Salim Dilantik Pro-Canselor UKM Baharu

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 3:39PM

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tan Sri Rafiah Salim dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu. gambar FB UKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tan Sri Rafiah Salim dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu.

UKM dalam kenyataan memaklumkan perisytiharan lantikan tersebut telah disempurnakan oleh Canselor UKM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Majlis Konvokesyen Ke-51 UKM semalam.

“Kedua-dua tokoh ini mempunyai latar belakang yang berbeza dan amat berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“Kehadiran mereka bersama dengan Pro-Canselor sedia ada iaitu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, sudah pasti akan memantapkan pengurusan UKM dalam merencana masa hadapan UKM,” titah baginda.

Baginda dalam majlis itu turut menitahkan supaya semua warga UKM sentiasa mendokong aspirasi penubuhan universiti tersebut dan misi serta visi penubuhan institusi berkenaan seharusnya menjadi penggera kepada sebuah anjakan paradigma, dalam usaha memperkembangkan sektor pendidikan tinggi di rantau ini.

Titah Tuanku Muhriz, sebagai universiti watan yang berperanan dalam memperkasa agenda negara bangsa, UKM memikul tanggungjawab yang sangat besar kepada negara.

“Oleh itu pendidikan di UKM harus dijelmakan berdasarkan ekosistem pendidikan kebangsaan yang meliputi semua aspek kemanusiaan,” titah baginda.

Tunku Ali Redhauddin aktif dalam pelbagai aktiviti melibatkan institusi pendidikan, badan bukan kerajaan dan bidang pelaburan, selain menganggotai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat di bawah pelaburan TPG Capital, termasuk CVS KL, Pathology Asia Holdings dan Colombia Asia.

Menurut kenyataan itu, baginda sentiasa melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dengan penuh amanah menerusi penglibatan dalam pelbagai aktiviti.

“Tunku Ali Redhauddin juga tidak pernah berkira untuk berkongsi pengalamannya dalam memberi bimbingan, dorongan dan pendedahan kepada pelajar dan juga golongan profesional muda mahupun yang masih di bangku sekolah,” menurut kenyataan itu.

Rafiah pula pernah dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1995 dan rakyat Malaysia pertama dipilih menjadi Timbalan Setiausaha Agung, Pengurusan Sumber Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1997 hingga 2002.

Majlis Konvokesyen UKM ke-51 menyaksikan seramai 7,255 graduan menerima ijazah masing-masing di Dewan Canselor Tun Abdul Razak bermula semalam hingga 30 November ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ulam Raja Boleh Cegah Demensia - Penyelidik UKM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Cuba Sendiri Menu Siswa Rahmah  

3

TARA 3 tahun yang lalu

Koleksi Terbaharu Siti Khadijah Memartabat Manuskrip Melayu Berusia 200 Tahun

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kritikan Dalam 'Kekasih Hati Mr Bodyguard', Bakar Semangat Sharifah Rose Untuk Timba Ilmu Lakonan 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad