Berita Terkini

9 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 10 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 10 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 10 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 10 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Koleksi Terbaharu Siti Khadijah Memartabat Manuskrip Melayu Berusia 200 Tahun

Koleksi Pujangga Puri yang diinspirasikan oleh Kitab Tib, merupakan hasil kerjasama Siti Khadijah dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

TARA Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 2:00PM

Signature Sari Mas (Modish Ambar) - Gambar ihsan Siti Khadijah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama telekung kebanggaan ramai, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. (Siti Khadijah) tampil dengan buah tangan terbaharu yang membanggakan dengan melancarkan koleksi Ramadan Raya, Pujangga Puri yang diinspirasikan oleh Kitab Tib, manuskrip Melayu berusia 200 tahun.

Koleksi yang dihasilkan dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini adalah  salah satu usaha untuk memelihara dan mengkomersialkan warisan seni dan budaya Melayu yang selama ini kemas tersimpan rapi. 

Seindah namanya, Pujangga Puri mempersembahkan corak-corak menawan yang terdapat dalam halaman manuskrip perubatan keluarga ‘Kitab Tib’ yang diterbitkan sekitar tahun 1850.

Terdapat empat rekaan telekung yang boleh dijadikan pilihan iaitu Modish Ambar, Signature Sari Mas Rona, Signature Sari Mas dan Signature Kesuma. Setiap rekaan mempunyai pelbagai pilihan warna menarik, termasuklah putih menawan.  

Pujangga Puri -Signature Sari Mas
Pujangga Puri -Signature Sari Mas

Ketika majlis pelancaran koleksi ini baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, pihaknya cukup berbesar hati dan berbangga kerana dapat menghasilkan rekaan yang mampu memartabatkan keindahan warisan seni budaya Melayu.

“Kita (Malaysia) sebenarnya mempunyai banyak warisan seni budaya yang indah dan berpotensi untuk dikomersialkan. Namun ia tersimpan rapi. Apabila ada pihak yang mencadangkan kerjasama ini, saya tahu inilah masanya untuk melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini.”

“Melalui usahasama ini, Siti Khadijah komited dalam mengetengahkan koleksi corak Melayu tradisional serta meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang semakin dilupakan. Selain itu, kami di Siti Khadijah juga percaya, Pujangga Puri ini akan mendapat tempat di hati di kalangan pelanggan kami,” ujar Munzir. 

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), TS Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, berkata corak-corak yang diketengahkan dalam rekaan Siti Khadijah kali ini mengangkat motif atau corak seni khat yang diilhamkan oleh alam semula jadi.

Pujangga Puri - Modish Ambar
Pujangga Puri - Modish Ambar

“Tugas saya hanyalah mencadangkan beberapa motif yang saya anggap berpotensi untuk diangkat sebagai rekaan fesyen dan selebihnya dijayakan oleh pasukan Siti Khadijah. 

“Corak ini adalah hasil pemerhatian keselarasan seni khat manuskrip dengan motif corak yang diilhamkan oleh alam semulajadi. Idea untuk mengkomersialkannya timbul kerana corak ini mempunyai nilai estetika tertentu yang melambangkan kesenian dan warisan Melayu. Sayang kalau ia terbiar begitu sahaja”, ujar beliau. 

Selain rangkaian telekung, koleksi Pujangga Puri yang diilhamkan daripada elemen Sulur Hidup, Bunga Tanjung Melayu dan Mahkota Bunga turut hadir bersama sejadah dan kotak hadiah yang sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk yang tersayang. 

Boleh didapati dalam saiz dewasa, remaja, kanak-kanak dan cilik. Pembelian boleh dilakukan di kesemua butik Siti Khadijah di seluruh negara dan melalui platform atas talian.

Pujangga Puri - Broderie Ratna (Hitam)
Pujangga Puri - Broderie Ratna (Hitam)

Majlis pelancaran Pujangga Puri tempoh hari itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan. Turut hadir semasa majlis tersebut adalah Pengerusi Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin, Pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman dan Pengasas bersama, Aminuddin Mohd Nasir.

Siti Khadijah terus mengikuti trend dan permintaan terkini industri dengan menerapkan unsur-unsur budaya dan tradisi ke dalam produknya, serta melengkapkan kepelbagaian koleksi premium dan karya unggulnya. Ini juga selaras dengan falsafah Siti Khadijah iaitu ‘Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat’ demi mengekalkan keaslian melalui rekaan produknya. - Getaran, 4 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 12 jam yang lalu

Avaa Vanja Hasilkan Planner Ramadan Dalam Bentuk PDF Secara Percuma, Anggap Ia Saham Akhirat

2

Semasa 22 jam yang lalu

Bekalan Ayam Mencukupi Sehingga Aidilfitri

3

Refleksi 23 jam yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan

4

TARA 1 hari yang lalu

Lakukan 5 Amalan Ini Untuk Kumpul Pahala Berganda Di Bulan Ramadan

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Mekanik Wira Tak Didendang! Castrol Raikan Hari Mekanik Malaysia Untuk Tahun Ke Lima

oleh Izwan Ramlan

TARA 1 hari yang lalu

4 Lokasi Berbuka Puasa Yang Berbaloi Dicuba!

Bergantung kepada selera dan bajet anda untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga dan teman-teman. Senarai ini boleh dijadikan panduan.

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Lakukan 5 Amalan Ini Untuk Kumpul Pahala Berganda Di Bulan Ramadan

Memetik tulisan Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman, Allah melalui Al-Quran menjelaskan bahawa satu amalan boleh digandakan kepada 10, kemudian boleh digandakan menjad...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Toyota Vios Serba Baharu Lebih ‘Sporty’ Dan Garang

oleh Izwan Ramlan