Berita Terkini

2 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kritikan Dalam 'Kekasih Hati Mr Bodyguard', Bakar Semangat Sharifah Rose Untuk Timba Ilmu Lakonan 

Bagi menjiwai watak dalam drama itu, Sharifah Rose juga bertemu dengan pelakon dan pengarah berkaliber terkenal Elly Suriaty untuk bertanya mengenai ilmu lakonan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 2:00PM

Sharifah Rose - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Kekasih Hati Mr Bodyguard', Sharifah Rose tidak menafikan paras rupa memainkan peranan penting untuk membuka laluan baginya untuk menceburi bidang seni.

"Saya tiada pengalaman ketika diminta untuk menghadiri sesi uji bakat untuk drama 'Kekasih Hati Mr Bodyguard'. Saya hanya diminta membaca dan menghafal skrip drama itu dan bertemu dengan heronya iaitu pelakon Redza Rosli.

"Saya juga tidak sangka apabila ditawarkan watak heroin dalam drama itu. Saya juga meminta pandangan kedua ibu bapa sebelum menerima tawaran itu kerana masih belajar dan menyambung pengajian di peringkat ijazah ketika itu," katanya.

Noorkumalasari (kiri) dan Sharifah Rose ketika menyertai forum anjuran WHAM, FINAS dan UKM baru-baru ini. - Gambar ihsan WHAM
Noorkumalasari (kiri) dan Sharifah Rose ketika menyertai forum anjuran WHAM, FINAS dan UKM baru-baru ini. - Gambar ihsan WHAM

Sharifah Rose mendedahkan perkara itu menerusi forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? yang berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Forum ini dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan FSKK, UKM sempena menyemarakkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan.

Barisan ahli panel yang diundang mengupas topik itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim; Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam dan Seniwati veteran, Noor Kumalasari. 

Tidak ketinggalan, penampilan dua pendatang baru meningkat naik dalam industri hiburan, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan, manakala Fahrin Ahmad bertindak sebagai moderator.

Sharifah Rose berkata, bukan mudah baginya untuk menjadi seorang pelakon.

“Saya memasuki bidang lakonan tanpa sebarang ilmu. Saya juga sangat terkejut untuk melontarkan dialog dan sepanjang tempoh dua minggu persediaan yang dibuat juga sangat mencabar. 

“Saya difahamkan karakter saya hanya ‘happy go lucky’ tetapi sebaliknya ada babak trauma kena rogol dan sebagainya lagi,” katanya.

Bagi menjiwai watak, Sharifah Rose juga bertemu dengan pelakon dan pengarah berkaliber terkenal Elly Suriaty untuk bertanya mengenai ilmu lakonan.

Gambar ihsan WHAM
Gambar ihsan WHAM

“Saya tidak tahu karakter diserahkan secara keseluruhannya. Justeru, Saya berjumpa Kak Elly untuk memintanya membimbing cara untuk menjadi pelakon.

“Kak Elly beritahu saya perlu faham mengenai watak itu. Saya bukan saja perlu melontarkan watak itu tetapi perlu ketawa dan berjalan sepertinya. 

“Selain itu, saya juga perlu berlakon dengan pasangan atau hero di set sedangkan saya seorang yang pemalu,” katanya.

Namun, kata Sharifah Rose dia melihat kritikan sebagai pembakar semangatnya untuk memperbaiki prestasi lakonan.

“Ketika keluar teaser episod pertama drama lakonan saya di laman Twitter, lakonan saya mendapat kritikan dan saya dilabel ‘pelakon kayu’ Tapi saya mengambil inisiatif untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Saya terpaksa tebalkan muka bertanya dengan Redza ketika di lokasi penggambaran bagaimana mahu melakonkan babak ketawa dan menangis seperti dikehendaki skrip drama itu,” katanya. - Getaran, 17 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ulam Raja Boleh Cegah Demensia - Penyelidik UKM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tunku Ali Redhauddin, Rafiah Salim Dilantik Pro-Canselor UKM Baharu

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'