web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Afirmatif Tidak Seharusnya Berasaskan Kaum, Tetapi Ikut Keperluan - PM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 5:13PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pelajar selepas sesi soal jawab di University of California, Berkeley. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAN FRANCISCO - Tindakan afirmatif adalah perlu bagi memastikan golongan miskin dan terpinggir mendapat peluang sama rata, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, meritokrasi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan apabila ia tidak adil.

“Ada beberapa sekolah di Malaysia, kawasan bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan terbaik, bersaing dengan sekolah di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman… jadi perlu ada suatu bentuk sistem tambahan,” katanya.

“Anda boleh namakan ia sebagai tindakan afirmatif atau sokongan tambahan, tapi apa pun kita tidak boleh amalkan meritokrasi semata-mata semasa peluang untuk asas persaingan adil tidak disediakan,’ katanya semasa sesi soal jawab di University of California, Berkeley di sini, Selasa.

Professor dan Alan P Bedford Endowed Chair, Pengarah Sains Politik, Berkeley APEC Study Center, Dr Vinod Aggarwal menjadi moderator pada sesi yang berlangsung selama kira-kira sejam itu.

Anwar berkata, tindakan afirmatif itu akan membolehkan komuniti yang miskin dan terpinggir untuk bangkit untuk sama-sama bersaing, dan langkah-langkah sedemikian pula tidak seharusnya dilaksanakan berasaskan kepada kaum tertentu.

“Boleh jadi Melayu, Cini atau India.. jika anda miskin, kita akan bantu kerana ia bukan berasaskan kepada kaum, tapi berasaskan kepada keperluan,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri menyampaikan syarahan khas bertajuk Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific,” di University of California di sini, pada Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama pelajar Malaysia selepas sesi soal jawab di University of California, Berkeley. gambar FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama pelajar Malaysia selepas sesi soal jawab di University of California, Berkeley. gambar FB Anwar Ibrahim

Berhubung isu penghijrahan cendekiawan, Anwar yang berada di sini untuk menyertai Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC berkata, berbeza dengan pandangan tradisional bahawa pelajar mesti kembali selepas mereka menamatkan pengajian di luar negara, sama ada ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah, mereka sebenarnya boleh timba pengalaman terlebih dahulu.

“Biar mereka timba pengalaman awal terlebih dahulu, terutama jika ada syarikat-syarikat swasta, perusahaan swasta atau syarikat pemula yang berhasrat mengambil mereka sebagai pekerja, terutama di sini di kawasan San Francisco Bay Area atau New York,” katanya.

Kawasan San Francisco Bay Area sememang tersohor kerana menjadi pusat operasi kepada syarikat-syarikat besar di sunia yang tersenarai dalam Fortune 500, seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss, serta beberapa firma paling inovatif dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI), teknologi bio, perisian, teknologi bersih dan media sosial.

“Pendedahan (pengalaman) ini juga akan memberi manfaat kepada negara apabila mereka kembali nanti.. tapi saya katakan begini, jika anda memutuskan untuk bekerja di sini, hantarlah lebih banyak dana untuk bantu ibu bapa di rumah,” katanya secara berseloroh, lalu disambut dengan derai ketawa kira-kira 250 pelajar yang hadir pada sesi itu.

Dalam nada yang serius kemudiannya, Anwar mengulangi tekad kerajaan yang sedang mengkaji pelbagai cara bagi menarik kelompok rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk kembali menyumbang bakti dalam negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

3

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad