web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Wan Azizah Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UNISEL

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 1:20PM

Dr Wan Azizah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan Universiti Selangor (Unisel) daripada Canselor Unisel Raja Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KUBU BHARU - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan Universiti Selangor (Unisel).

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menerima anugerah berkenaan daripada Canselor Unisel Raja Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj sempena Istiadat Konvokesyen Unisel Kali Ke-17.

Dr Wan Azizah berkata anugerah itu merupakan satu pengiktirafan bukan hanya kepada beliau tetapi kepada semua yang membantunya dan ahli keluarga sepanjang mengharungi pelbagai cabaran dalam bidang politik atau kehidupan peribadi.

“Saya telah berpeluang menabur bakti sebagai seorang doktor, merawat pesakit daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kemudian menceburi bidang politik. Kedua-dua bidang ini memerlukan sokongan dan kepercayaan rakyat untuk berkhidmat,” kata beliau ketika berucap pada istiadat konvokesyen berkenaan di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini.

Sementara itu, Presiden dan Naib Canselor Unisel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata penganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Dr Wan Azizah adalah sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan besar beliau terhadap negara dan universiti berkenaan.

“Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah telah merasmikan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial di Unisel pada Ogos 2018 yang antara lain memfokuskan kepentingan menjaga kebajikan kanak-kanak.

“Ia amat dekat dengan portfolionya ketika itu iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kehadiran beliau menceriakan warga kampus apabila turut menyantuni warga Unisel dengan penuh ramah serta mesra,” katanya ketika berucap pada istiadat hari ini.

Seramai 1,306 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen Unisel kali Ke-17 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini terdiri daripada 582 graduan peringkat diploma, 670 graduan peringkat ijazah sarjana muda, 36 graduan ijazah sarjana, 18 graduan peringkat kedoktoran. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad