web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Yayasan RYTHM Sekolah Maharani Buahkan Hasil Positif Bimbing Remaja Perempuan

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 12:37PM

Berikutan kejayaan fasa pertama, MSP akan melangkah ke peringkat seterusnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fasa pertama RYTHM Foundation’s Program Sekolah Maharani (MSP) membuahkan hasil yang positif dalam memberikan latihan dan bimbingan secara holistik selama dua tahun untuk remaja perempuan yang kurang bernasib baik.

Ketua RYTHM Santhi Periasamy dalam satu kenyataan hari ini, berkata program selepas sesi persekolahan yang diluluskan Kementerian Pendidikan itu telah memberi kesan ketara kepada kehidupan 200 pelajar dari lima sekolah menengah di Selangor.

Sekolah berkenaan ialah SMK Gombak Setia, SMK Bandar Rinching, SMK Tengku Idris Shah, SMK Batu Unjur dan SMK Tengku Ampuan Jemaah.

“Program ini memperkasakan gadis berumur 14 hingga 16 tahun daripada isi rumah B40 untuk membangunkan kemahiran insaniah dan kompetensi kepimpinan.

“Jurulatih yang dilatih oleh RYTHM, cabang impak sosial Kumpulan QI, mencatatkan 1,600 jam yang mengagumkan sepanjang lapan sesi  bersama pelajar sekolah berkenaan tahun lepas,” katanya.

Berikutan kejayaan fasa pertama itu, beliau berkata MSP akan melangkah ke peringkat seterusnya dan berharap dapat memuktamadkan kohort seterusnya ke lima sekolah di Negeri Sembilan tidak lama lagi.

“Kami juga berharap Kementerian Pendidikan mengambil alih program itu dan melaksanakannya dalam kurikulum kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Santhi turut memuji jurulatih program kerana memberi kesan kepada perubahan minda yang ketara dalam kalangan pelajar, sambil menyatakan bahawa keyakinan mereka juga meningkat sejak mendaftar dalam program pementoran.

“Dengan kumpulan pertama sekolah, pelajar kelihatan bimbang tentang kami dan MSP. Namun, berkat penglibatan jurulatih, mereka menjadi lebih yakin dan kami dapati peningkatan kehadiran mereka,” katanya.

Seorang tenaga pengajar, Siti Hajar Mohd Kamal, pelajar tahun akhir universiti berkata gadis-gadis itu lebih terbuka untuk berkomunikasi dan menjadi lebih yakin menerusi kit latihan yang diberikan kepada mereka.

Seorang lagi pengajar, Wan Nurazra Marsya Wan Ahmad berkata modul itu membantu pelajar menjadi lebih yakin, dan mendidik mereka cara untuk melahirkan pandangan walaupun pada peringkat awal kehadiran didapati tidak konsisten dan kurang mendapat kerjasama daripada segelintir pelajar.

MSP yang memenangi anugerah telah menyantuni kehidupan lebih 8,000 gadis dan wanita muda sejak program itu diperkenalkan pada 2010 di Sungai Siput, Perak melalui kem motivasi dan kelas bimbingan akademik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam