web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Undang-Undang Bukan Penyelesaian Tunggal Isu Keciciran Pelajar

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 11:04AM

Fadhlina beramah mesra dengan pelajar SK Pendidikan Khas, Jalan Batu di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan, tindakan undang-undang, termasuk saman bukan satu-satunya penyelesaian supaya ibu bapa tidak culas untuk memastikan anak-anak menerima pendidikan hingga ke peringkat menengah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia juga bukan pendekatan dan penyelesaian terbaik untuk memastikan tiada pelajar tercicir daripada  memenuhi hak mereka bagi mendapatkan pendidikan sempurna.

Sebaliknya, beliau memaklumkan, KPM akan terus mempertingkat program advokasi bagi menggalakkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan ibu bapa serta pelajar, berhubung kepentingan meneruskan persekolahan di peringkat menengah.

Malah, katanya, pihak KPM akan memastikan proses advokasi itu harus selari dengan kesedaran ibu bapa, seterusnya membantu mereka lebih ‘menerima’ kepentingan pendidikan terbabit.

“Tidaklah sampai begitu (saman) walaupun implikasi undang-undang tetap ada, tetapi apa yang kita nak buat sekarang ini lebih kepada beri kefahaman bahawa pentingnya pendidikan itu (menengah).

“Kedua untuk mengatasi keciciran dalam kalangan pelajar, ketiga memastikan akses ke sekolah ini, semua kanak-kanak dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas, Jalan Batu (L) di sini, hari ini.

Sesi penyerahan pek mengandungi baucar pakaian sekolah, kasut, stokin, pakaian sukan, beg, set alat tulis, pensel warna dan kalkulator saintifik itu disempurnakan Fadhlina.

Program dianjurkan Yayasan PETRONAS bermula lebih 10 tahun lalu itu bukan sahaja bermatlamat membolehkan pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dapat meneruskan pembelajaran dan menamatkan persekolahan, malah membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa.

Ia akan berlangsung pada pertengahan Mac hingga Mei di 16 buah negeri, membabitkan 21,000 murid, iaitu masing-masing 8,540 murid sekolah menengah dan 12,460 murid sekolah rendah.

Semalam, Dewan Negara dimaklumkan bahawa KPM sudah menyerahkan draf cadangan bagi mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah kepada Pejabat Peguam Negara.

Fadhlina berkata, draf itu adalah komitmen kementerian dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada pendidikan, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah.

Pada sidang media sama, Fadlina berkata, dari semasa ke semasa, KPM akan selari dengan ibu bapa dalam memastikan anak boleh mendapatkan akses pendidikan terbaik.

“Maknanya memberi peringatan dalam masa sama pastikan mereka tidak ada isu untuk hantar anak mereka ke sekolah.

“Yang penting, anak-anak ini harus ke sekolah,” katanya.

Mengulas mengenai isu guru bersara awal atau menamatkan perkhidmatan sebagai pendidikan sebelum usia pencen sebenar, Fadhlina berkata, perkara itu disebabkan ‘faktor menarik’ dan ‘faktor menolak’.

“Faktor ini kita kena ambil perhatian, contoh faktor menarik adalah kerana mereka ada kestabilan kewangan dan ingin menghabiskan masa dengan keluarga.

“Manakala faktor menolak sebagai contoh adalah disebabkan jurang digital dan isu kesihatan,” tegasnya.

Dalam isu terbabit juga, katanya, KPM dari semasa ke semasa mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan penempatan guru disegerakan apabila berlaku persaraan awal dalam golongan itu.

“Kedua, (KPM) meningkatkan profesionalisme, maknanya dalam konteks peningkatan tahap guru ini supaya mereka boleh sustain (kekal) dalam sistem pendidikan.

“Ketiga (memberikan) sokongan dari segi sosial dan emosi bagi guru yang merasakan ada isu dekat dengan masalah mereka.

“Dalam masa sama kita bersedia memastikan bekalan dan kekuatan ini akan segera diisi jika ada persaraan,” tegasnya.

Diaju persoalan mengenai bagaimana KPM ingin membantu pelajar kurang berkemampuan B40 yang tidak mampu membayar yuran persekolahan, Fadhlina berkata, pihaknya mempunyai banyak bantuan.

“Kita ada inisiatif untuk kanak-kanak miskin, ada 18 bantuan ini di bawah KPM.

“Jadi kalau mereka tidak mampu, mereka boleh mohon melalui bantuan kewangan di KPM,” katanya. - Getaran, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini