web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPT Alukan Siasat UiTM Holdings Didakwa Rugi RM157 Juta Akibat Ketirisan

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 7:00AM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang siasatan dijalankan berhubung dakwaan berlaku ketidakcekapan dan ketirisan mengenai kerugian dialami Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings sehingga RM157 juta.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak berkenaan juga mesti memberikan kerjasama sewajarnya.

Katanya, penekanan khusus diberikan KPT berhubung perkara membabitkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.

“KPT juga berpandukan kepada, antara lain, UniT Green Book (Enhancing University Board Governance and Effectiveness) yang menggariskan berkenaan pengurusan kewangan dan penjanaan pendapatan universiti,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Mohamed Khaled berkata, selain daripada siasatan dijalankan itu, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang ditetapkan, berhubung pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan syarikat berkaitan.

“KPT menegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan ditetapkan atau undang-undang sedia ada yang terpakai,” katanya.

Semalam, media menyiarkan berita bertajuk ‘UiTM Holdings rugi RM157 juta’ dan ia berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun, iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Keuntungan sebelum cukai terkumpul dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

UiTM Holdings adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.

Sementara itu, Facebook Alumni Masscomm ITM/UiTM berkongsi bahawa Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Paduka Ibrahim Ali menyifatkan kerugian besar dialami UiTM Holdings itu sangat mengejut dan memalukan.

Beliau percaya bahawa kerugian itu berkait rapat dengan ketirisan atau penyelewengan penggunaan wang dalam anak syarikat milik Universiti Teknologi MARA, Media Rasmi (UiTM).

Justeru, beliau yang juga antara alumni universiti awam (UA) itu dan berjuang menaiktaraf ITM kepada UiTM, dikatakan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kerugian berkenaan. - Getaran, 8 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

4

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar