web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Tubuh Pusat Prasekolah ANIS, Bantu Pembelajaran Anak Istimewa

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 9:13PM

Amirudin Shari (empat, kiri) melihat aktiviti yang disediakan untuk murid-murid istimewa di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (Anis) di Seksyen 7, selepas menyempurnakan perasmian prasekolah khas tersebut hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) hari ini merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi membantu kanak-kanak istimewa mendapat peluang dan kemudahan pendidikan khas yang seiring dengan perkembangan murid.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pusat berkenaan terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran antaranya lewat perkembangan secara umum atau global developmental delay (GDD), sindrom Down dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang berumur 5 hingga 6 tahun tanpa sebarang yuran.

Amirudin berkata sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam selaku rakan kerjasama untuk menaik taraf sebuah dewan orang ramai kepada pusat prasekolah manakala YAWAS membelanjakan RM300,000 untuk kelengkapan pembelajaran serta lain-lain.

Jelasnya lagi pengoperasian pusat berkenaan sejak 22 November 2022 itu dilihat sebagai penanda aras kepada pengusaha tadika khususnya di Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid berkeperluan khas.

"Mungkin selepas ini kita boleh lihat kerjasama (dengan pihak berkuasa tempatan) di tempat lain untuk wujudkan banyak lagi (Pusat Prasekolah ANIS) supaya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dapat menghantar anak mereka ke pusat tersebut terutamanya mereka yang tidak mampu untuk berbuat demikian kerana kosnya agak mahal.

"Jadi jika mereka masukkan anak-anak di sini, sekurang-kurangnya kanak-kanak tersebut mempunyai kemahiran asas (sama seperti kanak-kanak normal) di peringkat prasekolah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pusat Prasekolah ANIS, Seksyen 7 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud dan Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Amirudin berkata kerajaan negeri sehingga kini menerima hampir 100 permohonan untuk menubuhkan Pusat Prasekolah ANIS dan 35 daripadanya bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sementara itu Dr Siti Mariah berkata di pusat pendidikan itu, ibu bapa juga akan diberi pendedahan dan ilmu berguna khususnya dalam mengurus kanak-kanak kurang upaya.

"Contohnya mereka (kanak-kanak istimewa) menghadapi masalah 'toilet training' atau cara makan. Semua perkara asas tersebut kita anggap normal, tapi anak-anak ini perlu dilatih (menerusi latihan khas). Latihan dibuat di sini secara 'one-to-one' oleh guru bertauliah bersama ibu bapa sekali seminggu selama dua jam dalam satu sesi,” katanya.

Katanya lagi, penubuhan Pusat Prasekolah ANIS itu akan diperluaskan ke kawasan luar bandar selepas ini antaranya di Rawang, Kuala Selangor dan Kuala Langat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad