web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Diaktifkan, KPM Tumpu 7 Teras Utama

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 4:18PM

Fadhlina Sidek berkata, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan akan dianggotai pemegang taruh dalam bidang pendidikan dan pelantikan ahli majlis itu akan dilakukan dalam masa terdekat - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, MPPK akan dianggotai pemegang taruh dalam bidang pendidikan dan pelantikan ahli majlis itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Dengan adanya MPPK ini nanti diharapkan akan dapat menyumbang idea dan pandangan kepada KPM dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

“Perkara ini termasuklah memikirkan  kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan berakhir pada 2025,” katanya pada sidang media khas di kementeriannya di Putrajaya, petang ini.

Ditanya sama ada MPKK akan diberi nama baharu, Fadhlina bagaimanapun memberitahu perkara itu belum diputuskan lagi.

“Buat masa sekarang belum ada nama lagi. Maka proses akan kita laksanakan dengan pelantikan yang menganggotai majlis itu dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPM akan mengambil pendekatan yang lebih holistik melalui proses konsultasi dan musyawarah dengan rakan strategik serta semua pihak yang berkepentingan.

Malah katanya, beliau juga akan memastikan keseluruhan ekosistem pendidikan dilaksanakan mengikut proses yang ditetapkan dan berlandaskan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan yang berkaitan.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama termasuk menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.

Katanya, bagi mengurangkan m dan murid maka aduan, cadangan dan pertanyaan boleh dikemukakan terus melalui pelbagai saluran rasmi yang disediakan oleh KPM termasuklah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), AduBuli dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

“Saya akan pastikan laporan berkaitan akan diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata, teras kedua adalah memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme.

"Ketiga, memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40, termasuklah dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.

“Saya akan bekerjasama rapat dengan kementerian yang berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak dapat dibantu dengan wajar,” katanya.

Menurut beliau, teras keempat KPM adalah adalah memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi bagi merapatkan jurang pendidikan.

"Kelima, memberi fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.

"Oleh itu, saya akan memastikan mereka diberi sokongan profesional berterusan yang sewajarnya serta memberi tumpuan kepada tekanan yang dihadapi oleh guru disebabkan beban tugas dan berjauhan daripada pasangan," katanya.

Selain itu, Fadhlina berkata, teras keenam KPM adalah memberi tumpuan kepada usaha untuk mengubah suai dan menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Katanya lagi, untuk teras ketujuh, KPM akan meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah.

"Kementerian akan membuat libat urus bersama dengan agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan bawah KPM.

"Saya akan mengarahkan KSU untuk melihat perkara ini. KPM akan mengemukakan cadangan yang bersesuaian untuk pertimbangan Jemaah Menteri," katanya. - Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad