web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Universiti Patut Buat Semakan Kurikulum 3 Tahun Sekali, Bukan Kejar ‘Ranking’

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 5:42PM

Mohamed Mustafa berkata pasaran kerja pada ketika ini bergerak selaras dengan kemajuan teknologi yang menyaksikan sektor pekerjaan memerlukan nilai multitasking. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti tempatan dinasihat untuk memastikan subjek ditawarkan memenuhi standard keperluan pasaran kerja, sekali gus memastikan graduan dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak majikan.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak berkata, semua institusi berkenaan juga diingatkan supaya tidak hanya mengejar ‘ranking’ (kedudukan), sebaliknya melakukan semakan kurikukulum sekurang-kurangnya tiga tahun sekali bagi mencapai standard diperlukan.

Katanya, pasaran kerja pada ketika ini bergerak selaras dengan kemajuan teknologi yang menyaksikan sektor pekerjaan memerlukan nilai multitasking (kemampuan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa).

“Justeru, graduan pada zaman ini perlu mahir dalam lebih daripada satu bidang serta membangunkan elemen keusahawan supaya mereka tidak bergantung kepada pekerjaaan ditawarkan.

“Maaf bercakap, saya kena sebut terus terang, kita di universiti amat lambat membuat semakan kurikulum, lima tahun sekali ada setengah lebih 10 tahun, (ada) 15 tahun pun tak semak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Buletin AWANI hari ini.

Mohamed Mustafa menegaskan, beliau memaklumkan perkara itu atas kapasitinya sebagai ahli akademik dan Naib Canselor.

Justeru, katanya, beliau tahu apakah isu yang berlaku di universiti.

“Mereka tak boleh tunggu lima tahun, mungkin sekarang tiga tahun atau mungkin dua tahun kena semak.

“Universiti tak boleh sibuk dalam soal ranking, tapi lakukan semakan kurikulum dalam memastikan graduan mereka versatil,” ujarnya.

Selain itu, Mohamed berkata, setiap tahun, lebih 300,000 graduan akan memasuki pasaran kerja.

“Graduan ini mungkin berdepan dengan keperluan baharu yang dimahukan pemain industri, terutamanya membabitkan penggunaan.

“Justeru, graduan pada zaman ini perlu mahir dalam lebih daripada satu bidang dan membangunkan elemen keusahawan supaya tidak bergantung kepada pekerjaan ditawarkan, sebaliknya menjadi job creator (pencipta pekerjaan),” katanya. – Getaran, 29 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad