web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggabungan Fakulti UiTM: Alumni Masscomm ‘Terguris’, Lancar Petisyen Bantah Keputusan

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 9:18PM

Gambar Twitter UiTM Mass Comm

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Langkah Universiti Teknologi MARA (UiTM) mahu menggabungkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau Masscomm di bawah Fakulti Komputer Sains (FKS) menerusi nama baharu, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media mulai Oktober ini, mencetuskan rasa tidak puas hati dan kekecewaan alumni FKPM.

Justeru, satu petisyen dalam talian dilancarkan seorang alumni FKPM, Mazril Mazlan hari ini, bagi membantah cadangan UiTM menggabungkan kedua-dua fakulti berkenaan.

Petisyen itu yang dilancarkan pagi tadi, sudah mengumpul 628 tanda tangan setakat jam 8.46 malam. 

“Mulai Oktober ini, Masscomm akan digabungkan di bawah FKS dan dikenali sebagai ‘Kolej Pengajian Pengkomputeran dan Media’. Fakulti baharu ini akan diketuai oleh Dekan Komputer Sains. 

“Banyak sudah jasa Masscomm yang dulu dikenali sebagai Kajian Sebaran Am. Melahirkan wartawan terhebat, teknokrat dan pelbagai lagi.

“Jadi sebagai alumni Masscomm, saya bantah penggabungan tersebut. Biar Masscomm terus wujud,” menurut kandungan petisyen itu.

Menerusi komen di petisyen itu, majoriti mereka seolah-olah turut ‘terguris hati’ dengan pengumuman penggabungan dilakukan pengurusan universiti awam (UA) terbabit, malah meminta ia diteliti semula.

Tangkapan layar petisyen dalam talian yang dilancarkan pagi tadi
Tangkapan layar petisyen dalam talian yang dilancarkan pagi tadi

“Ini keputusan tidak bijak diambil UiTM, ia adalah antara universiti terawal yang menubuhkan fakulti Masscomm. Kolej swasta masih memiliki fakulti ini (secara tunggal), tetapi UiTM mahu ‘memansuhkan’ (dengan menggabungkan di bawah fakulti lain)?” soal seorang individu.

“Masscomm dan komputer sains adalah dua benda (pengajian) berbeza, mana boleh campur (gabung),” luah Firdaus.

“Masscomm adalah sebuah fakulti besar dan tiada sebab untuk ia digabungkan. Masscomm membanggakan industri,” tulis Azrul.

“UiTM, tolong pertimbangkan semula keputusan ini,” kata Rohani.

Presiden Persatuan Alumni Masscomm UiTM, Basree Rakijan menerusi respons di petisyen itu berkata, isu terbabit memerlukan kefahaman meluas.

“Saya dan Majlis Penasihat Alumni Masscomm akan memperhalusi dulu (isu).

“Saya sudah sebut semalam mohon diberi peluang kita suarakan pendapat dan beri kepimpinan UiTM pertimbangkan. InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu, mantan Dekan FKPM UiTM, Profesor Dr Azizul Halim Yahya menyifatkan keputusan berkenaan perlu diterima dengan hati terbuka, bagi memastikan alumni FKPM mampu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran menyeluruh yang relevan dengan kehendak industri pada masa ini.

Katanya, sebagai alumni dan ‘orang nombor satu’ yang pernah menerajui fakulti itu, beliau secara peribadi mengakui terbit rasa ‘sedih dan pedih’ mendengar keputusan berkenaan.

Malah, jelasnya, beliau memahami perasaan kecewa diluahkan segelintir warga FKPM berhubung perubahan dan penggabungan terbabit.

Profesor Dr Azizul Halim Yahya - Gambar laman web UiTM
Profesor Dr Azizul Halim Yahya - Gambar laman web UiTM

Bagaimanapun, katanya, usaha diambil UiTM bagi menggabungkan ilmu pengetahuan itu, sememangnya baik demi masa depan pelajar, termasuk untuk memenuhi keperluan semasa industri, seperti perkembangan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

Menurutnya, keputusan itu tidak akan menghilangkan identiti FKPM kerana walaupun mengguna pakai istilah ‘kolej’, penggabungan dilakukan di bawah ‘payung besar’ berkenaan hanya membabitkan kombinasi fakulti, tetapi masih mengekalkan kursus pengajian sedia ada.

“Maksudnya kursus pengajian, seperti kewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, penerbitan, pengiklanan dan sebagainya tetap kekal dengan bilik kuliah masing-masing.

“Ini seperti perubahan nama dari Kajian Sebaran Am yang dikenali dalam tempoh beberapa tahun awal kewujudan FKPM ini, sebelum ditukar ke fakuliti. Jadi situasi sekarang saya lihat berbalik ke zaman itu, cuma bezanya kini, ia membabitkan kombinasi dengan fakulti lain untuk menepati kepentingan tuntutan keperluan ilmu semasa,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Azizul Halim berkata, cabaran besar pihak universiti dan alumni kini adalah untuk memenuhi perkembangan industri, justeru pelbagai ilmu perlu diberikan kepada pelajar bagi memastikan mereka mampu ‘berjuang’ di dunia luar dan pekerjaan.

“Betul akan ada elemen nilai sentimental yang membuatkan warga FKPM pedih, sedih dan ‘kehilangan’ menerusi penggabungan, tetapi pada masa sama, kita kena ada ilmu relevan dengan industri.

“Sebagai contoh untuk menjadikan pelajar kewartawanan lebih relevan sebagai penggiat bidang masa kini, mereka perlu dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan, termasuk ilmu komputer sains. Ini boleh diperoleh dengan berkesan menerusi penggabungan bersama FKS,” katanya.

Ditanya mengenai kewajaran alumni FKPM mengemukakan petisyen membantah penggabungan itu, Azizul Halim menyifatkan ia sebagai hak mereka.

“Apapun saya merasakan pihak universiti kena beri respon segera dengan mengadakan perjumpaan bersemuka atau ‘town hall’ bersama pihak berkaitan, bagi menjelaskan secara terperinci mengenai kepentingan penggabungan ini.

“Jangan laksanakan secara terus begitu sahaja kerana ini menyebabkan relevan di sebalik keputusan itu tidak diketahui semua pihak,” katanya.

Terdahulu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor memaklumkan, universiti itu mengambil langkah menubuhkan kolej pengajian dengan menggabungkan beberapa fakulti sebagai langkah memastikan kursus ditawarkan terus relevan. – Getaran, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 tahun yang lalu

UiTM Setuju Kekalkan Fakulti MassComm - Alumni FKPM

2

Politik 3 tahun yang lalu

Asmuni Sahkan PH Dan BN Perak Bentuk Kerajaan

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad