web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UiTM Setuju Kekalkan Fakulti MassComm - Alumni FKPM

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 2:15PM

Alumni Masscomm turut menghargai pendirian terbaharu pengurusan UiTM yang menerima pandangan Alumni Masscomm dan bersetuju mengekalkan FKPM - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima pandangan Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM untuk membatalkan penggabungkan FKPM dengan dua fakulti lain dan bersetuju mengekalkan FKPM sebagai fakulti tunggal.

Presiden Alumni FKPM (Alumi Masscomm UiTM) Basree Rakijan berkata perkara itu dimaklumkan Naib Canselor UiTM Prof Dr Datuk Roziah Mohd Janor dalam pertemuan bersama wakil persatuan berkenaan dengan pihak UiTM, semalam.

Bagaimanapun institusi itu memaklumkan proses pembatalan itu memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan.

“Dalam pertemuan itu, Alumni Masscomm meminta UiTM membatalkan serta-merta penggabungan itu berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dimaklumkan menerusi surat bertarikh 1 November 2022 kepada universiti itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KPT telah memutuskan sama ada UiTM menukar nama gabungan ketiga-tiga fakulti itu kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik atau melakukan penstrukturan semula dengan mengekalkan FKPM seperti sebelum ini

Basree berkata tindakan pembatalan gabungan itu perlu disegerakan bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di fakulti tersebut, selain mengelakkan timbul pelbagai masalah serta kekeliruan berikutan penggabungan itu.

Basree berkata Alumni Masscomm turut menghargai pendirian terbaharu pengurusan UiTM yang menerima pandangan Alumni Masscomm dan bersetuju mengekalkan FKPM.

“Saya percaya pengurusan UiTM amat serius dalam menyelesaikan kemelut ini dan jika kita perlu menunggu tiga hingga enam bulan demi kebaikan dan masa depan fakulti, kami memahami,” tambahnya.

Pada Oktober lepas, Alumni Masscomm mengadakan siri membantah terhadap keputusan universiti itu untuk menggabungan ketiga-tiga fakulti yang kini dinamakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.

Penggabungan itu diumumkan Roziah pada sambutan ulang tahun ke-50 fakulti itu tahun lepas sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula universiti dan langkah penjimatan kos. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar