web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Takwim Persekolahan 2023 Kekal Mac

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 7:48PM

Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kebarangkalian banjir di negeri pantai timur pada hujung tahun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal selepas mengambil kira pelbagai faktor, menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata pelbagai faktor diambil kira dalam penyediaan takwim persekolahan termasuk kebarangkalian banjir di negeri-negeri Pantai Timur pada hujung tahun susulan musim Monsun Timur Laut dan sela masa yang panjang selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar melanjutkan pelajaran. 

"Bulan lain pun ada banjir juga, kita tak nafikan tapi secara umumnya kita tahu di musim monsun kemungkinan berlaku banjir itu tinggi.

''Kita lihat dalam konteks pengurusan peperiksaan antara cabaran paling besar dihadapi Lembaga Peperiksaan adalah untuk menguruskan SPM sewaktu banjir, kadang-kadang menimbulkan banyak perkara teknikal dan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas sesi Slot Khas Tanya DRJ semasa Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini hari ini. 

Dr Radzi Jidin - Gambar fail
Dr Radzi Jidin - Gambar fail

Selain itu, beliau berkata dengan pelaksanaan takwim sedia ada, sela masa bagi calon SPM yang telah menduduki peperiksaan tidak terlalu panjang seterusnya momentum pembelajaran pada pelajar berkenaan dapat dikekalkan. 

Sementara itu, Radzi berkata semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu berusaha menukar persepsi masyarakat, pentadbir sekolah dan guru yang melihatnya sebagai “kumpulan datang ke sekolah untuk mencari kesalahan” walaupun situasi itu tidak berlaku.

Beliau berkata pihak PPD perlu turun ke sekolah untuk mendekati dan memahami masalah dihadapi guru-guru dan pentadbir seterusnya mengemukakan isu berkenaan kepada pihak atasan agar Kementerian Pendidikan dapat meneliti pendekatan yang boleh dilaksanakan.

"Selain itu, kita tekankan juga bahawa PPD ini mesti sentiasa terbuka kepada masyarakat sebab itu minggu ini PPD di seluruh negara boleh pilih satu atau dua hari di hujung minggu untuk melaksanakan Hari Terbuka PPD.

Semua pihak yang ingin berurusan dengan PPD boleh datang, kerana kita ingin menghantar mesej bahawa PPD sentiasa terbuka, apa yang paling penting untuk kita lihat bahawa pendidikan ini sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan dan PPD sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di bawah sana," katanya.

Beliau berkata ini membolehkan sebarang maklumat daripada bawah (pentadbir dan guru-guru) dan sebarang polisi daripada pihak atasan  (kementerian) dapat dijelaskan kepada seluruh masyarakat. - Bernama

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar