web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemansuhan PT3: Ibu Bapa Kecewa, Anggap Peperiksaan Utama Wajar Diadakan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 7:43PM

Pemansuhan PT3 mulai tahun ini mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang menganggap keputusan KPM hanya akan merugikan pelajar. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini, ada ibu bapa tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana dianggap ‘merugikan’ pelajar.

Seorang ibu kepada calon PT3, Dr Rozita Abdul Rahman berpendapat, satu peperiksaan besar seperti PT3 sewajarnya tetap diadakan, namun dengan tumpuan harus difokuskan kepada hanya subjek wajib.

Katanya, golongan pelajar sepatutnya diasuh dengan nilai tanggungjawab dan peperiksaan adalah satu daripada cara melatih mereka.

Dr Rozita Abdul Rahman
Dr Rozita Abdul Rahman

“Dua tahun persekolahan yang berlalu sebelum ini menyebabkan anak-anak tak rasa keperluan untuk ke sekolah. Apabila tiada peperiksaan? Lagilah rasa tiada kepentingan pergi sekolah.

“Mereka tidak serius hendak belajar. Pergi sekolah hanya untuk jumpa kawan dan main-main macam budak tadika. Peringkat sekolah menengah bukan begini sepatutnya.

“Mereka patut diasuh merasa tanggungjawab dan peperiksaan juga salah satu cara melatih mereka,” katanya yang bertugas sebagai doktor haiwan.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi sidang akbar khas berkata, kementeriannya membuat keputusan memansuhkan PT3 mulai tahun ini.

Katanya, KPM akan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Dilaksanakan bermula tahun 2014, PT3 tidak diadakan selama dua tahun, iaitu pada 2020 dan 2021 susulan pandemik COVID-19.

Selain itu, Rozita meluahkan kekecewaan dengan keputusan tersebut dan menegaskan, kerajaan sepatutnya lebih memikirkan berhubung beban subjek dialami pelajar sekolah rendah, berbanding bertindak mengubah sistem penilaian.

Ujarnya, keputusan memansuhkan PT3 dilihat sebagai tindakan ‘tiba-tiba’.

“Sedangkan zaman kami yang ada Penilaian Menengah Rendah (PMR) dahulu pun apabila masuk Tingkatan 4, ramai ingat tahun ‘honeymoon’ (berbulan madu), sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kalau sekarang ini agaknya ‘tahun-tahun honeymoon’ jadinya. Berat tanggungjawab guru SPM nanti,” katanya. – Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad