web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PT3 Dimansuh, KPM Perkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 5:36PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengumumkan bahawa ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diperkenal pada 2014 dimansuhkan mulai tahun ini.

PT3 sebelum ini tidak dilaksana pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik COVID-19.

Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

“Walaupun tiada penilaian pusat (PT3), pelajar tingkatan satu, dua dan tiga akan menduduki ujian akhir tahun dengan menggunakan bank soalan yang disediakan KPM bagi semua mata pelajaran,” katanya pada sidang media mengenai pemansuhan PT3 di sini.

Di bawah PBD, Radzi berkata pentaksiran secara formatif serta sumatif akan dilaksana merangkumi pemerkasaan program latihan untuk guru dan pentadbir bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan (formatif) di sekolah.

Beliau berkata bagi pentaksiran sumatif pula, ia bertujuan memantapkan ujian akhir sesi akademik untuk semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah dengan pelaksanaan ujian yang lebih fleksibel.

Katanya ujian akhir sesi akademik atau pentaksiran sumatif akan dilaksana dalam sesi akademik 2022/2023 bagi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

Radzi berkata pentaksiran sumatif turut melibatkan pelajar tahun empat, lima dan enam dengan set soalan akan disediakan oleh KPM bagi lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, juga bagi sesi akademik 2022/2023.

“Soalan untuk mata pelajaran lain bagi murid tahun empat hingga enam ini akan disediakan oleh guru,” katanya.

Radzi berkata pelaporan PBD akan dibuat secara menyeluruh dua kali setahun iaitu pada pertengahan sesi akademik serta akhir sesi akademik, menggunakan deskriptor bagi tahap penguasaan (TP1-TP6) yang komprehensif dan jelas selain ulasan daripada guru kelas dan guru mata pelajaran.

“Pelaporan pertengahan sesi akademik akan mula dilaksana bagi sesi 2023/2024 manakala pelaporan akhir akan bermula pada sesi akademik 2022/2023,” katanya.

Ditanya mengenai penilaian pelajar yang ingin ke sekolah khusus ketika Tingkatan Empat, Radzi berkata mereka perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

“Begitu juga dengan pemilihan aliran Sains dan Sastera bagi Tingkatan Empat di sekolah biasa, perbincangan akan diadakan dengan guru, murid serta ibu bapa dan pelaporan PBD akan membantu penetapan aliran kelak,” katanya.

Sekolah khusus terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad