Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Trend Guru Bersara Awal, Pakar Syor Mekanisme Perlu Disegerakan KPM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 9:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trend guru bersara awal sejak beberapa tahun kebelakangan ini perlu ditangani segera bagi mengelak negara berdepan krisis pendidikan yang lebih kritikal.

Jika berlarutan, ia pasti akan memberi kesan kepada kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan kita dengan negara luar.

Lebih teruk lagi, mereka yang akan menerima tempiasnya sudah tentulah anak-anak kita!

Susulan itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menyarankan agar Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan satu Garis Panduan Bebanan Tugas Guru dengan segera bagi membendung trend tersebut.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

“Kajian menunjukkan guru ada beban tugas terlalu banyak. Itu dah jelas, KPM pun mengakuinya. Mereka bukan setakat mengajar tapi kena buat tugasan luar pengajaran.

“Jadi KPM kena ada satu garis panduan bagi menerangkan skop dan had maksimum tugas mengajar dan bukan mengajar yang harus dipikul mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Jelas beliau, sekiranya garis panduan itu dikuatkuasakan dengan segera, ia bukan sahaja meningkatkan profesionalisme tetapi memastikan ketelusan dan keadilan terhadap profesion keguruan.

“Dengan adanya garis panduan ini, guru akan faham apa peranan dia, pengetua atau guru besar pun tahu apa tugas guru.

“Kalau mereka lihat guru sudah terbeban, jadi pemberian tugasan tambahan lain dapat dielakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar turut mengesyorkan agar kajian bagi mengenal pasti punca yang mendorong guru untuk bersara awal tidak dikendalikan KPM.

Katanya, kajian itu seelok-eloknya dilakukan tokoh berpengalaman dalam bidang pendidikan untuk mengelak isu berat sebelah.

“Saya rasa kalau KPM buat ia akan jadi kajian dalaman sahaja. Jadi mereka kena lantik pihak luar, misalnya ahli akademik yang dah berpengalaman.

“Kemudian mereka tubuh satu jawatankuasa untuk buat kajian tersebut dan kemukakan syor serta cadangan kepada KPM. Dengan cara itu, kita dapat satu kajian yang lebih baik dan telus,” katanya.

Menurut Anuar, KPM juga perlu menubuhkan satu jawatankuasa kebajikan guru yang seharusnya diberi perhatian ketika ini.

“Ada guru yang ada masalah kesihatan, ada guru mempunyai masalah tekanan dan sebagainya. Kalau di luar negara ada jawatankuasa kebajikan guru, jadi KPM kena ada satulah. Pada saya itu sangat penting.

“Dengan cara itu, barulah guru rasa dihargai. Jadi saya mengharapkan KPM dapat melihat kesejahteraan dan kebajikan guru sebagai keutamaan. Jadi kena beri perhatian sepenuhnya terhadap isu ini,” katanya.

Memberi contoh insiden seorang guru di Johor yang menggunakan alat bantuan pernafasan ketika mengajar di kelas, Anuar berkata, situasi itu menunjukkan KPM tidak prihatin dengan kesihatan dan kebajikan guru.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. KPM seharusnya memahami keadaan guru tersebut. Ini antara sebab ramai guru minta bersara awal.

“Bukan sebab mereka tak minat mengajar tapi disebabkan kebajikan mereka tidak diambil perhatian. Kalau guru rasa tak seronok, kemudian dia masuk kelas, jadi kesannya pada anak-anak kitalah,” katanya.

Tegasnya lagi, KPM juga perlu menaiktaraf keadaan bilik guru yang sering menjadi rungutan warga pendidik sejak dulu lagi.

“Isu itu selalu dibangkitkan ketika saya berbual dengan guru-guru. Kadang-kadang ada yang masih berkongsi meja dengan guru sesi petang atau guru lain.

“Meja mereka juga kita lihat penuh dengan buku latihan pelajar. Jadi tak ada ruang yang boleh mereka gunakan. Dalam erti kata lain, kurang selesa dan ini perlu diberi perhatian segera oleh KPM,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu jauh berbeza dengan persekitaran tempat kerja guru-guru di luar negara yang lebih kondusif.

“Kalau kita pergi ke negara luar, keadaan bilik guru mereka guna sistem lain. Cikgu boleh rehat dalam kelas, ada almari dan juga meja sendiri.

“Jadi ia memudahkan urusan mereka. Perkara itu perlu dijadikan contoh untuk dipraktikkan di negara ini. Sekurang-kurangnya berilah sedikit keselesaan kepada guru,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Wang Heng Suan berkata, KPM harus mempertimbangkan semula pengambilan pembantu guru sebagaimana yang pernah dilakukan pada 2019.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

Katanya, pengambilan kira-kira 10,000 pembantu guru secara kontrak menerusi projek perintis di Kedah, Sabah dan Melaka pada waktu itu amat berjaya dalam meringankan beban guru.

Namun menurut beliau, program itu terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana.

“Punca utama ramai guru memilih bersara lebih awal kerana disebabkan bebanan kerja sampingan terlalu banyak sehingga mengganggu tugas hakiki sebagai pendidik. Apatah lagi sistem pembelajaran yang berubah susulan penularan wabak COVID-19.

“Jadi saya fikir satu-satunya penyelesaian kepada isu ini ialah dengan menempatkan pembantu guru di sekolah untuk melakukan kerja-kerja pengkeranian. Cukup sekadar ambil mereka yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengurangkan dana kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, NUTP turut menyambut baik langkah KPM mengambil lebih ramai guru baharu tetapi ia bukan penyelesaian jangka pendek kepada trend guru bersara awal.

“Langkah itu bagus tapi guru baharu sudah tentu akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di negara ini. Mereka kena tahu bagaimana cara untuk mengajar dan berkomunikasi dengan murid.

“Ada guru yang penerangan mereka mudah difahami, ada guru pula kurang kemahiran tersebut.

“Jadi saya rasa mereka memerlukan tempoh sekurang-kurang tiga tahun untuk mendapat pengalaman mengajar dengan cekap,” katanya.

Terdahulu, NUTP mendedahkan lebih 10,000 guru menghantar permohonan untuk bersara awal setiap tahun sejak beberapa tahun lalu.

Trend itu amat membimbangkan kerana jumlah berkenaan menyamai kadar guru bersara wajib.

Bulan lalu, Menteri Pendidikan  Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pihaknya sedang memperincikan maklumat termasuk punca bersara awal bagi membolehkan perkara tersebut dilihat secara menyeluruh.

“Data-data ini kita perincikan satu persatu, bukan hanya melihat dari segi jumlah (permohonan), tetapi perkara lain seperti guru yang bagaimana, berapa lama dalam karier dan sebagainya.

“Guru yang membuat keputusan bersara awal ini sedang diperincikan untuk kita lihat dengan lebih menyeluruh,” katanya. - Getaran, 21 April 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 9 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 5 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran