web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Calon Pahang Duduki SPM Di Wad

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 11:42AM

Mohammad Rosli (kanan) berbual dengan seorang calon SPM 2021 ketika melawat SMK Abu Bakar, Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 20,675 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pahang yang bermula hari ini, termasuk lima calon yang terpaksa menjawab kertas peperiksaan itu di wad akibat masalah kesihatan.

Pengarah Pendidikan negeri,

Mohammad Rosli Abdul Rahmanberkata, jumlah itu membabitkan 100 calon berkeperluan khas dan 214 calon sekolah swasta.

“Bagi sekolah agama negeri dan rakyat, terdapat 1,470 calon mendaftar untuk SPM 2021, manakala calon persendirian membabitkan 817 calon.

“Sebanyak 264 pusat peperiksaan disediakan di Pahang bagi SPM 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat calon SPM di negeri berkenaan yang positif COVID-19, Mohammad Rosli memaklumkan setakat ini belum ada kes itu dilaporkan.

“Bagaimanapun pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sentiasa dipatuhi.

“Ini termasuklah saringan dari semasa ke semasa terhadap calon dan petugas (pengawas) peperiksaan bertugas,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad