web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bengkel Rintis Anjuran AKEPT, MQA Sasar Persiap Bakal Pemimpin Universiti

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 6:06PM

Mohammad Shatar (empat dari kiri) bersama peserta Program Rintis ‘Changemaker Programme for Higher Education Top Leaders’ di Putrajaya, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi mempersiapkan bakat kepemimpinan dalam kalangan pengurusan universiti tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kolaborasi berbentuk penganjuran bengkel selama dua hari itu juga bertujuan memperkasa bakat warga institusi pengajian tinggi (IPT) yang bakal meneraju pengurusan universiti. 

Katanya, bengkel itu diharap mampu membantu universiti untuk melahirkan pelapis pemimpin berkaliber dalam kalangan IPT tempatan, seterusnya memacu kecemerlangan institusi masing-masing.

“Penganjuran ini akan dapat meningkatkan kualiti dan imej pendidikan tinggi negara di peringkat nasional serta global, seterusnya menarik minat pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian ke negara ini.

“Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sering melaungkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global dalam tempoh terdekat, justeru persediaan dari segi kualiti kepemimpinan di IPT tempatan juga perlu diperkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Rintis ‘Changemaker Programme for Higher Education Top Leaders’ di Putrajaya, baru-baru ini.

Bengkel itu disertai dekan, pengarah dan pentadbir dari enam IPT rintis di Lembah Klang, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), UCSI University, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Management & Science University (MSU).

Seramai 19 peserta diberi pendedahan kepada lima segmen yang menampilkan ciri-ciri pemimpin, iaitu Persona, Pemimpin Organisasi Berkesan, Kemahiran Sosial, Berfikiran Bisnes dan Pengantarabangsaan.

Selain Mohammad Shatar, perkongsian pada bengkel itu turut disampaikan selebriti, Datuk Fazley Yaakob; Pensyarah UCSI University, Profesor Dr Mansor Abu Talib dan Pensyarah UPM, Profesor Dr Sarjit Singh.

Turut menyampaikan perkongsian ilmu adalah Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Asri Mohd Noor dan Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR), Profesor Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Mohammad Shatar yang juga penaung program rintis berkenaan berkata, selepas kejayaan penganjuran pertama, lebih banyak bengkel seumpama itu akan dianjurkan di seluruh negara bagi mempersiapkan pemimpin masa depan dalam kalangan IPT tempatan. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengiktirafan Bersama Mampu Tarik Minat Pelajar Rusia Ke Malaysia - MQA

3

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Afrika Berpotensi Menjadi ‘Lubuk’ Pelajar Antarabangsa - MQA

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

MQA Jadi Pemudah Cara IPT Lebih Kompetitif Di Peringkat Global

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 6 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar