web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MQA-EMGS Komited Tarik Minat Pelajar Amerika Selatan Ke Malaysia

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 10:07PM

MQA Global akan memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama pendidikan antara Malaysia dengan badan akreditasi di seluruh dunia menerusi inisiatif yang dijalankan selama ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Menyedari potensi besar pasaran pendidikan tinggi di Amerika Selatan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) merangka untuk meneroka peluang di benua berkenaan lanjutan daripada perbincangan pada Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai, baru-baru ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pihaknya sudah mengadakan komunikasi awal dengan delegasi National Committee for University Assessment and Accreditation of the Argentine Republic (CONEAU) bagi memperincikan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata, inisiatif itu dijalankan di bawah MQA Global bagi memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama pendidikan antara Malaysia dengan badan akreditasi di seluruh dunia.

Katanya, ia juga bagi menembusi pasaran baharu di negara di Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil, Ekuador, Chile dan Uruguay yang diyakini mempunyai potensi sangat besar untuk menghantar pelajar ke Malaysia kerana CONEAU adalah satu daripada badan jaminan kualiti di Amerika Latin yang memproses akreditasi program pendidikan tinggi.

“Kami mahu berkolaborasi dengan memeterai memorandum persefahaman pada masa akan datang, selain mengadakan lawatan yang dirancang dengan hasrat menjemput beberapa universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi mempromosikan institusi serta program pengajian masing-masing.

"Kedudukan IPT Malaysia yang baik dalam penarafan universiti dunia, kemudahan di universiti yang disokong oleh kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menjadi daya penarik buat pelajar di samping kos pengajian serta sara hidup yang berpatutan di Malaysia," katanya.

Dr Mohammad Shatar Sabran
Dr Mohammad Shatar Sabran

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, selaku agensi yang dipertanggungjawabkan menyelia jaminan kualiti pendidikan tinggi Malaysia, MQA komited untuk terus melonjakkan imej pendidikan tinggi negara, malah akan bergerak lebih agresif pada 2022.

Katanya, menerusi inisiatif MQA Global, pihaknya mengadakan banyak kerjasama dan memorandum persefahaman dengan agensi akreditasi luar negara bagi melonjakkan nama Malaysia dalam arena pendidikan tinggi.

“Semua usaha yang dijalankan bagi memastikan Malaysia kekal berada pada landasan yang betul untuk menjadi hab pendidikan tinggi global dan berjaya membawa 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025, selari dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Jaringan dan kerjasama dengan badan akreditasi luar negara akan memudahkan pelajar Malaysia serta negara yang berkenaan bagi menyambung pengajian, menjalankan program mobiliti, pemindahan kredit, malah untuk tujuan bekerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, pihaknya memandang positif usaha untuk membuka ruang dan peluang bagi meneroka pasaran di Amerika Latin. 

Jika dilihat tahun lalu, katanya, Malaysia hanya menerima 56 pelajar daripada keseluruhan negara benua berkenaan dengan pelajar Brazil paling ramai iaitu 15 orang.

Bagaimanapun, katanya, ia menunjukkan permulaan positif bagi mereka (pelajar Amerika Selatan) yang mengenali Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menyambung pengajian tinggi. 

“Mereka juga tercari-cari negara yang mempunyai kualiti pendidikan tinggi terbaik dan program ditawarkan dalam bahasa Inggeris.

“Ruang dan peluang itu ada untuk kita meneroka pasaran di Amerika Latin kerana sebelum ini kita kurang memberikan perhatian kepada negara ini," katanya. - Getaran, 7 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad