Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masuk Sekolah Terus ‘Exam’, Ramai Ibu Bapa Akui Anak Stres, Emosi Terjejas

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 8:48AM

Ramai ibu bapa mencadangkan supaya KPM meneliti semula keperluan untuk mengadakan peperiksaan ketika ini sedangkan PdPR mempunyai banyak kelemahannya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehidupan dan aktiviti harian rakyat di negara ini banyak berubah disebabkan pandemik COVID-19.

Mahu tidak mahu, kita terpaksa hidup dalam keadaan norma baharu bagi mengekang penularan virus berbahaya itu.

Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dalam suasana luar biasa ini sehingga ramai pelajar mengadu tertekan dengan kaedah pembelajaran secara online.

Meskipun sekolah sudah dibuka sejak dua minggu lalu dengan kehadiran secara penggiliran, keadaan tidak banyak berubah.

Buktinya ramai ibu bapa meluahkan perasaan sedih mengenai masalah dihadapi anak-anak mereka di media sosial.

Kebanyakan luahan tersebut ditulis di ruangan komen hantaran seorang guru popular, yang berkongsi mengenai kisah seorang pelajar tertekan di Facebook miliknya.

Majoriti ibu bapa mengadu bimbang mengenai tahap kesihatan mental anak-anak mereka terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada Mac tahun depan.

“Anak saya calon SPM, 17 November dah bermula trial. Hari pertama kertas BM. Bila balik dia cakap, dia jadi terlampau berdebar sampai tangan menggigil dan berpeluh bila masa nak menjawab soalan.

“Dia memang takut sangat kalau dia tak dapat jawab. Saya memang dah pesan buat yang semampunya sahaja. Jangan paksa diri. Bila tengok dia macam tu, saya tahu anak saya sangat stress,” kata Izzabell Amani.

“Adik saya nyaris kemurungan menjelang Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM). Bermalam-malam tak tidur, hanya mampu membantu setakat yang tahu. STPM 2007 dan 2021 banyak bezanya,” kata Aen H Anizah.

“No wonder ada pelajar yang cuba nak bunuh diri,” kata Aida Rizal.

Malah ada juga di kalangan ibu bapa yang meluahkan rasa terkejut mengenai peperiksaan anak-anak walaupun sekolah baharu sahaja dibuka.

“Anak saya darjah dua, start masuk sekolah Ahad ini. Baru dapat tahu anak naik sekolah ini terus ada peperiksaan pentaksiran.

“Bukan seminggu masuk kelas dulu, tak. Naik sekolah terus exam. Anak saya Group A, anak-anak Group B OKlah sempat juga buat revision sebelum giliran mereka,” katanya.

“Anak saya baru darjah satu. Ahad ini baru pertama kali lepas PKP nak masuk sekolah. Hari pertama sekolah Ahad ini terus ada exam. Budak-budak ini sendiri pun takt ahu apa benda tu exam,” kata Emy.

“Anak saya yang darjah empat pun dah burn out, lagilah bila subjek Matematik. Nangis tak faham bila  Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) subjek Matematik dan tak nak buat padahal dia sebelum ini OK je pelajaran. Terbaca luahan dia pada cikgu Matematik dia yang sebelum ini,” kata Ita Awari.

Bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk, ada ibu bapa yang mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti semula keperluan untuk mengadakan peperiksaan ketika ini sedangkan PdPR banyak kelemahannya.

“Betul ini tidak adil untuk murid sedangkan KPM tahu sejauh mana keberkesanan PdPR. Tidak adil KPM pukul rata beranggapan semua ibu bapa dapat mengajar anaknya dengan baik seperti guru yang mengajar di sekolah.

“Pasti ada ibu bapa skip PdPR anak dengan asbab yang pelbagai. Kenapa nak kalut buat exam sedangkan sesi sekolah 2021 adalah sampai Mac 2022,” kata Balqis Paaing.

“Ya, kenapa ada exam. Ingatkan sekolah anak je, rupa-rupanya satu Malaysia. Anak-anak Form 1 dan 2 start sekolah minggu depan dah dapat jadual exam. Kenapa tak sambung belajar dulu ke, sistem pendidikan kita ini terlalu exam oriented,” kata Norbaiti Edrus. - Getaran, 22 November 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Pendidikan 16 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 17 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak