web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah 90 Peratus Vaksinasi Dibenar Operasi Tanpa Penggiliran Mulai 8 November

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:34PM

Institusi pendidikan yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih boleh beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 November ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institusi pendidikan yang sudah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih bagi pelajar kelas peperiksaan awam dan antarabangsa dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 November.

Jurucakap KPM berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama pihaknya dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), selepas mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan murid kelas peperiksaan.

“Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa hadir tanpa penggiliran bagi negeri Kumpulan A dan B akan bermula pada 8 November ini.

“Pengoperasian bagi negeri Kumpulan A juga bermula 8 November ini kerana 7 November adalah cuti tambahan sempena perayaan Deepavali yang diperuntukkan dalam Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 bagi sekolah dibawah KPM,” katanya.

Sekolah Kumpulan A adalah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi kelas peperiksaan awam dan antarabangsa membabitkan kehadiran murid kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain.

Menurut jurucakap itu lagi, pengoperasian dikekalkan secara penggiliran untuk institusi pendidikan bawah KPM yang belum mencapai kadar vaksinasi 90 peratus atau lebih.

Sementara itu, pelajar Prauniversiti Semester 3 di Sekolah Sukan Malaysia, murid kelas peperiksaan awam di sekolah berasrama sepenuhnya dan murid peperiksaan antarabangsa kekal hadir tanpa penggiliran.

“KKM akan terus memantau dan mengemas kini senarai institusi pendidikan yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus bagi murid kelas peperiksaan awam dan antrabangsa.

“Senarai terkini institusi pendidikan di bawah KPM yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus akan dikeluarkan setiap Rabu,” katanya.

Jelas jurucakap itu lagi, mana-mana institusi pendidikan yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih akan dikeluarkan daripada senarai tersebut dan institusi boleh mula beroperasi tanpa penggiliran pada Ahad atau Isnin minggu berikutnya.

“KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan kementerian itu termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar