web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Belum Vaksin Perlu Jalani Saringan Mingguan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 6:32PM

GPMS mencadangkan supaya guru-guru yang enggan atau masih belum menerima vaksin COVID-19 supaya menjalani ujian saringan secara mingguan apabila sekolah dibuka kelak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Guru yang enggan atau masih belum menerima vaksin COVID-19 wajar menjalani ujian saringan secara mingguan apabila sesi persekolahan bersemuka dimulakan Oktober depan.

Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata ujian saringan itu amat penting bagi mengelakkan golongan berkenaan memberi risiko kepada pelajar.

Menurut beliau, GPMS bagaimanapun mengharapkan semua guru mendapatkan suntikan vaksin masing-masing sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula.

“Secara idealnya, memang penting untuk guru yang enggan atau masih belum menerima vaksin COVID-19 menjalani ujian saringan setiap minggu atau dua minggu sekali kerana mereka juga akan melakukan tugasan di sekolah.

“Ujian ini bagi mengelakkan pergaulan mereka di sekolah memberi risiko kepada guru dan pelajar lain, sekali gus memastikan sistem pendidikan tidak terjejas semula,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat segelintir pihak berhubung risiko dihadapi guru sudah divaksin dan pelajar, apabila terdedah kepada golongan tidak divaksin, yang mungkin berpotensi menyebarkan virus maut berkenaan.

Majoriti berpendapat, keterlibatan guru berkenaan di sekolah untuk melakukan tugas dikhuatiri memberi risiko jangkitan kepada rakan sejawat yang menggunakan kemudahan sama seperti tandas dan kantin, seterusnya berkemungkinan memberi akibat buruk kepada pelajar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin baru-baru ini mengumumkan, pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober ini yang akan dilanjutkan sehingga Februari tahun depan, bakal menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan.

Menurut beliau, kapasiti kehadiran pula ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas itu bagi mengurangkan kehadiran dan risiko penularan, selain memudahkan guru untuk mengawal pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Alif Anas turut mengesyorkan ibu bapa membenarkan anak mereka ke sekolah, walapun kerajaan memberi kelonggaran untuk mereka tidak berbuat demikian.

“Kehadiran ke kelas bersemuka bukan sahaja membolehkan anak mampu menguasai mata pelajaran dengan lebih baik dan berfokus, tetapi juga meningkatkan motivasi serta semangat mereka untuk kembali ke sekolah dalam norma baharu,” katanya.

Katanya, GPMS menyambut baik pelan komprehensif pembukaan persekolahan diumumkan Radzi yang dilihat sebagai langkah untuk mendekatkan semula pelajar dengan institusi pendidikan secara bersemuka selepas hampir lima bulan tidak hadir ke sekolah.

“Pelan ini perlu disokong semua penggiat bidang, terutama persatuan, guru, pelajar dan ibu bapa bagi memastikan usaha mengawal pandemik dapat dicapai. Apa yang paling penting adalah guru dan pelajar mematuhi segala SOP ditetapkan,” katanya.

Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan pula berkata, pengumuman itu dapat memberikan maklumat tepat dan menjelaskan kekeliruan berhubung pengendalian operasi sekolah bakal berlangsung.

Jelasnya, i-Guru turut berharap KPM menambahbaik SOP sedia ada dengan mengambil kira keperluan dua kategori pelajar, iaitu sudah dan belum divaksin.

“Penambahbaikan itu membolehkan pengoperasian sekolah dikawal selia dengan baik dan mengurangkan kadar risiko jangkitan virus terbabit.

“Pihak kami (i-Guru) turut berharap program vaksinasi pelajar dapat dipercepatkan bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan sistem pendidikan yang lebih selamat,” katanya.

Mohd Azizee berkata, pembukaan sekolah secara bersemuka juga mampu membantu menangani isu kelesuan dan kehilangan motivasi untuk menuntut ilmu dalam kalangan pelajar, ekoran tempoh pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang sudah terlalu lama.

“Pembukaan sesi ini akan memastikan pelajar mampu menerima pendidikan dengan lebih sempurna, termasuk penguasaan mengira, membaca dan menulis murid prasekolah, tahun satu, tahun dua serta berkeperluan khas disampaikan sebaiknya,” katanya. – Getaran, 14 September 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar