web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semak Status Program, IPT Sebelum Lanjut Pengajian Luar Negara 

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 8:58PM

Dr Mohammad Shatar Sabran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara diminta membuat semakan status program dan institusi terlebih dahulu, bagi memastikan ia mendapat pengiktirafan di Malaysia serta badan akreditasi negara terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, semakan itu penting supaya tidak timbul masalah mengenai akreditasi program diikuti pelajar apabila mereka kembali ke negara ini selepas tamat pengajian.

Jelasnya, ramai dalam kalangan pelajar terlalu ghairah untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, khususnya apabila menerima tajaan menerusi bantuan biasiswa daripada pihak tertentu tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

“Terdapat kes apabila pelajar kembali ke tanah air, barulah mereka sedar program pengajian diikuti mereka selama tiga hingga empat tahun di luar negara itu tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.

“Diharapkan pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara, sama ada atas kapasiti sendiri atau tajaan, membuat sedikit kajian mengenai status program dan institusi terbabit," katanya.

Mohammad Shatar berkata, semakan itu boleh dibuat di laman web Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di www2.mqa.gov.my/esisraf atau merujuk kepada sumber atas talian dan pihak berkuasa destinasi pengajian berkenaan.

MQA jelasnya, sering dirujuk pelbagai pihak berkaitan program dan institusi pengajian tinggi (IPT) di luar negara, justeru status pengiktirafan oleh badan akreditasi di negara asal adalah indikator penting untuk pengesahan mengenai perkara berkenaan.

Tambah beliau, MQA juga giat memperkukuhkan kerjasama dengan badan akreditasi luar negara dalam aspek bertukar kepakaran mengenai jaminan kualiti pendidikan tinggi.

“Kerjasama ini dapat memudahkan urusan pelajar Malaysia dalam mengenal pasti program yang diiktiraf, selain mampu menambah pilihan program dan institusi untuk pelajar kita melanjutkan pengajian ke luar negara.

“Dengan adanya kerjasama global ini, graduan Malaysia boleh bekerja di mana sahaja kerana kualiti pendidikan mereka dijamin MQA serta badan akreditasi di negara mereka belajar," katanya. - Getaran, 28 Ogos 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar